Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Lebih sokongan bagi keluarga, anak-anak

Pentingnya keluarga yang kukuh untuk bina masyarakat yang stabil dan berdaya tahan: Perdana Menteri dalam Amanat Tahun Baru Cina
Jan 21, 2023 | 05:30 AM



IBU bapa boleh menjangkakan lebih banyak sokongan untuk membantu mereka menangani tekanan membesarkan anak dan memastikan permulaan yang baik bagi anak mereka, dalam beberapa bulan akan datang.



Ini sedang pemerintah menggiatkan lagi usaha menyokong mereka.



Mengumumkan demikian dalam amanat Tahun Baru Cina beliau, Encik Lee turut menarik perhatian pentingnya keluarga yang kukuh untuk membina masyarakat yang stabil dan berdaya tahan.



Singapura telah mendedikasikan tahun lepas sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG, dengan pelbagai acara dan inisiatif yang bermakna sepanjang tahun.



"Semasa Minggu Keluarga Nasional, saya gembira dapat melihat ramai wajah yang ceria menyertai kegiatan karnival yang seronok.



"Dianjurkan Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), acara itu akan diadakan setiap tahun semasa cuti (sekolah) Jun untuk menggalak keluarga mengeratkan hubungan dan menyokong pasangan dalam perjalanan keibubapaan mereka," ujarnya.



Pelan Singapura Mesra Keluarga 2025 juga telah dilancarkan, dengan program dan inisiatif untuk menggalak seluruh masyarakat menyokong keluarga sepanjang setiap fasa kehidupan mereka.



Encik Lee berkata setiap orang boleh memainkan peranan untuk membina masyarakat yang menghargai dan menyokong setiap keluarga.



Syarikat misalnya boleh melaksana aturan kerja fleksibel dan memupuk budaya tempat kerja yang lebih menggalakkan.



Rakan kerja masyarakat pula boleh menggembleng sumber untuk meraikan dan mempertingkat keluarga.



Individu juga harus menghargai masa bersama keluarga dan menjadikannya keutamaan lebih besar.



Meskipun Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura, yang memberikan nisbah jumlah bayi yang dilahirkan di Singapura bagi setiap wanita yang boleh bersalin, jatuh tahun lalu, Encik Lee berkata ramai orang muda masih menganggap perkahwinan dan menimang cahaya mata sebagai matlamat hidup yang penting.



Tambahnya, pemerintah akan terus menyokong ibu bapa, bahkan akan menggiatkan lagi usaha itu.



Sebelum ini, pemerintah telah mengurangkan yuran prasekolah yang disokong pemerintah mulai bulan ini.



Menarik perhatian bahawa keluarga membentuk teras kompak sosial Singapura, Encik Lee berkata pengalaman Covid-19 yang dilalui bersama juga telah membuat ramai orang lebih menghargai keluarga dan orang yang tercinta.



Oleh itu, beliau berkata sambutan Tahun Baru Cina tahun ini pastinya amat bermakna bagi ramai orang, dengan tahun ini merupakan kali pertama perayaan itu dapat disambut meriah seperti biasa sejak Covid-19 mula menular hampir tiga tahun lalu.



Meskipun situasi Covid-19 di Singapura kini stabil, Encik Lee turut menggesa warga terus berjaga-jaga dan menjaga satu sama lain, termasuk dengan mengambil ujian pantas antigen (ART) jika perlu, lebih-lebih lagi sebelum berkunjung ke rumah saudara-mara yang lebih berusia.



Lebih penting lagi, beliau berkata orang ramai juga harus memastikan mereka mendapatkan vaksinasi terkini, termasuk dengan vaksin bivalen, untuk melindungi diri daripada Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >