Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee luah penghargaan daya tahan masyarakat

Nilai positif masyarakat semasa pandemik dapat bina kepercayaan, rasa hormat yang penting dalam negara harungi krisis
Apr 22, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, meluahkan penghargaannya kepada masyarakat Islam setempat di atas pengorbanan dan pemahaman mereka, dan kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menguruskan pandemik Covid-19.



Berucap di acara berbuka puasa hibrid di Masjid Al-Muttaqin semalam, Encik Lee turut mengiktiraf usaha masjid-masjid yang memastikan solat, program keagamaan dan pengumpulan derma dijalankan secara selamat.



"Dua tahun yang lalu adalah masa yang sangat mencabar dan sukar untuk semua orang.



"Tetapi anda memahami cabaran kesihatan awam, dan menyesuaikan amalan anda untuk mematuhi garis panduan nasional dan langkah pengurusan selamat.



"Ini menunjukkan dengan jelas daya tahan masyarakat dalam menghadapi ketidakpastian, dan adalah petanda baik untuk masa depan," kata Encik Lee.



Seramai 135 orang hadir di acara itu, termasuk Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad. Beberapa pemimpin berbilang agama turut menyertai acara berbuka puasa itu.



Encik Lee berkata beliau gembira melihat pemimpin-pemimpin agama di Singapura memimpin masyarakat mereka melalui teladan untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat, mengukuhkan rasa hormat dan persefahaman antara kumpulan yang berbeza, dan memperkukuh nilai bersama merentas agama yang berbeza, seperti belas ihsan dan kebaikan.



"Ini membina kepercayaan dan rasa hormat, yang bukan hanya perlu kita gunakan, tetapi juga terus bangunkan semasa krisis," katanya.



"Saya berharap kita akan meneruskan usaha-usaha ini untuk mengukuhkan keharmonian berbilang kaum dan berbilang agama kita, sebagai satu rakyat yang bersatu padu supaya Singapura boleh terus maju dan berjaya untuk tahun-tahun yang akan datang," tambahnya.



Ketika berucap dalam bahasa Melayu, Encik Lee berkata situasi Covid-19 di Singapura semakin baik, dan ia tidak akan dapat beransur pulih tanpa usaha dan sikap bertanggungjawab rakyat Singapura, termasuk masyarakat Islam



Beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Islam, terutama sekali kepada kepimpinan Jawatankuasa Fatwa dan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, serta barisan asatizah yang telah memberi bimbingan yang tepat dan sesuai untuk konteks Singapura.



Dengan lebih ramai masyarakat Islam kini dapat kembali ke masjid dan kegiatan seperti solat Jumaat dan tarawih secara berjemaah dapat dijalankan hampir secara biasa, Encik Lee berkata secara bertahap-tahap, semangat persaudaraan di antara anggota masyarakat akan dapat kembali disuburkan.



"Saya harap kita dapat meneruskan amalan-amalan baik yang telah dipelajari sepanjang pandemik ini, dan memperkukuhkan lagi nilai-nilai murni kita agar dapat lebih berdaya tahan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >