Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Mendaki perlu takrif pendidikan secara lebih meluas

Oct 01, 2022 | 08:16 PM



Misi Yayasan Mendaki untuk memperbaiki keadaan masyarakat melalui pendidikan kekal relevan dan penting, namun dalam konteks hari ini, badan bantu diri itu mesti mentafsirkan pendidikan secara lebih meluas, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Encik Lee berkata sedang masyarakat Melayu/Islam terus berusaha mencatatkan kemajuan besar dalam pendidikan, Mendaki juga harus memastikan golongan kurang bernasib baik terus diberi sokongan agar dapat sama-sama maju seiringan dengan masyarakat. 



Berucap di acara sambutan ulang tahun ke-40 Mendaki sempena bulan Raikan Ilmu 2022 di Pusat Kebudayaan Universiti hari ini (1 Oktober), Encik Lee akur aspirasi dan keperluan masyarakat telah berkembang dan pelajar di setiap tahap keupayaan mahu melakukan lebih baik dan sokongan perlu diberikan kepada mereka.



Bagaimanapun, beliau menekankan, pendidikan kini juga harus dilanjutkan kepada pembelajaran sepanjang hayat kerana pekerja Melayu/Islam juga terjejas dengan perubahan luas dalam ekonomi dan pasaran kerja, terutamanya pekerja lanjut usia yang kurang berkelayakan yang lebih berisiko.



Pada masa yang sama, sebahagian segmen masyarakat masih menghadapi cabaran, tegas Perdana Menteri.



Encik Lee berkata terdapat mereka yang datang daripada keluarga pincang dan yang lain terjejas dengan penyalahgunaan dadah, dengan ramai yang tinggal di flat sewa dan menghadapi cabaran mengekalkan kehidupan stabil.



“Anak-anak mereka membesar dalam sekitaran rumah tidak sesuai, mempunyai cabaran pembelajaran dan oleh itu, ketinggalan di belakang rakan sebaya mereka dalam sekolah daripada usia awal.



“Keluarga ini memerlukan bantuan bukan hanya dengan pengajian anak-anak mereka, malah untuk mengatasi defisit sosial dan ekonomi yang akan menjadikan ia sukar bagi anak-anak mereka keluar daripada lingkaran kemiskinan,” kata beliau.



Encik Lee menggariskan tiga cara bagi Mendaki mentafsirkan pendidikan secara lebih meluas.



Pertama, Encik Lee berkata badan itu perlu memperluaskan sokongan untuk bermula lebih awal supaya kanak-kanak, terutamanya yang daripada keluarga kurang bernasib baik, mempunyai permulaan yang baik dalam kehidupan.



Usaha ini akan melengkapi inisiatif nasional lain seperti KidSTART, yang juga memberi tumpuan pada tahun-tahun pertama kehidupan kanak-kanak.



Mendaki juga perlu bekerjasama dengan keluarga kurang bernasib baik dalam usaha membantu meleraikan isu keluarga dan masalah sosial.



“Ini agar kanak-kanak daripada keluarga sedemikian boleh membesar dan belajar dalam keadaan yang lebih baik.



“Ini memerlukan campur tangan sosial dan malah individu, dan di sinilah sukarelawan, kaunselor dan mentor Mendaki yang bekerjasama dengan keluarga ini mempunyai kelebihan dan boleh memberi perbezaan terbesar,” kata beliau.



Encik Lee menambah bahawa Mendaki juga perlu menggalak pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pekerja agar mereka dapat kekal bekerja, merebut peluang baru dan berkembang maju dalam ekonomi yang pesat berubah.



Justeru, beliau melahirkan rasa gembira Mendaki sedang mencari idea baru untuk memenuhi misinya yang diperluaskan dan mempertingkatkan lagi hasil pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.



Ini antaranya akan dilakukan melalui Persidangan Masyarakat Gemilang sulungnya minggu depan.



“Ia akan menjadi platform bagi pemimpin masyarakat, karyawan, dan belia berkumpul bersama untuk membincangkan isu yang dihadapi masyarakat, mengemukakan idea baru, dan memberi komitmen semula untuk meneruskan kerja sabar yang telah membantu masyarakat sejauh ini,” kata Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >