Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Mendiang Encik Nathan begitu disayangi rakyat

Aug 22, 2016 | 10:49 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menlahirkan rasa sedih atas pemergian mantan presiden, mendiang Encik SR Nathan.



Mengongsi perasaan beliau di akaun Facebooknya pada 10.22 malam tadi, Encik Lee berkata, "kehidupan Encik Nathan merupakan satu inspirasi untuk kita semua".



"Kisah kehidupannya adalah tentang bagaimana seorang budak lelaki berusaha mengatasi keadaan hidup dan menyumbang kepada masyarakat.



"Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam, dan menduduki pejabat tertinggi negara," ujarnya.



Tambah Encik Lee, Encik Nathan merupakan presiden paling lama menyandang jawatan tersebut.



"Beliau seorang Presiden yang mesra dan mudah didekati dan begitu disayangi warga Singapura.



"Beliau membuat pelawat terpegun dengan pengetahuannya tentang ehwal dunia, dan berkhidmat dengan penuh bermaruah dan cemerlang," kata Encik Lee lagi.



Mengimbas akan hubungan beliau dengan mendiang Encik Nathan, beliau berkata:



"Saya telah mengenali Encik Nathan selama 40 tahun, semasa saya menjadi seorang pegawai muda di SAF (Angkatan Bersenjata Singapura).



"Saya mengingati beliau sebagai seorang lelaki yang dipandu dengan rasa penuh tanggungjawab dalam berkhidmat kepada negara.



"Beliau sedia tampil setiap kali tugas menghendakinya. Beliau benar-benar anak jati Singapura.



"Ucapan takziah saya kepada Cik Nathan dan keluarganya. Ingatan dan doa kami adalah untuk anda pada masa hiba ini," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >