Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAPAT HARI KEBANGSAAN

PM Lee minta kaum majoriti punya keberanian moral untuk tolak perkauman

Aug 30, 2021 | 05:30 AM



SIKAP memilih berdasarkan kaum dan agama akan menimbulkan pandangan prejudis dan berat sebelah dengan golongan minoriti lebih merasainya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Mengakui bahawa adalah lebih sukar bagi seseorang dari kaum minoriti menanganinya berbanding mereka dari kaum majoriti, beliau bagaimanapun menekankan bahawa Singapura tidak harus menerima keadaan sebegini.



Disebabkan itu semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan semalam, Encik Lee meminta kaum majoriti agar lebih peka terhadap keprihatinan masyarakat minoriti dan punya keberanian moral untuk menolak sikap perkauman.



Kaum majoriti, katanya, harus "meluahkan rasa tidak setuju dengan jelas apabila kejadian perkauman berlaku", kata Encik Lee.



Beliau akur bahawa adakalanya sukar untuk menyuarakan bantahan atas sesuatu yang berbaur perkauman tetapi 'digambarkan' sebagai satu hal lain, seperti kempen yang dilakukan sesetengah pihak dalam menentang Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Ceca).



Ia "mendakwa sebagai mendahulukan rakyat Singapura, tetapi ia bernada perkauman yang kuat", kata perdana menteri.



Memandang ke luar, Encik Lee berkata banyak negara menyatakan matlamat yang sama - membangunkan sebuah negara yang aman - tetapi lama-kelamaan, hubungan antara kaum dan politik semakin terpisah.



"Seringkali, kumpulan majoriti menekankan kuasa mereka dan meminggirkan minoriti. Minoriti merasakan ruang mereka semakin kecil hingga tiada pilihan dan terpaksa menolak sekuatnya.



"Adakala, minoriti mengusahakan identiti politik yang agresif. Kumpulan majoriti berasa tertekan dan terancam, dan melakukan himpunan memanggil kesemua pelampau tegar.



"Antara kedua-dua jalan, hasilnya tidak menggembirakan kedua-dua majoriti dan minoriti. Dan sekiranya sesebuah negara telah memilih jalan itu, ia sangat sukar untuk berpatah balik," kata Encik Lee lagi.



Menurut beliau, negara ini bernasib baik kerana dari awal lagi Singapura memilih untuk melalui jalan berbeza.



"Begitupun, 56 tahun adalah satu tempoh masa yang pendek dalam sejarah sesebuah negara. Keharmonian kaum di sini masih diusahakan, dan ia akan mengambil masa yang panjang.



"Kita semua berbangga dengan identiti majmuk tetapi kita semua masih mengekalkan keinginan kaum atau agama," ujarnya dan memberi contoh bagaimana kita lebih mudah berkawan dengan mereka dari kaum atau agama yang sama.



"Kita selalunya memilih pasangan hidup dari kaum yang sama, walaupun ini sedang berubah. Semua ini adalah sifat manusia dan biasa dalam mana-mana masyarakat," terangnya lagi.



Beliau memberi contoh bagaimana sesebuah iklan pekerjaan memerlukan seseorang bercakap bahasa Cina tetapi tidak jelas sama ada ia benar-benar satu keperluan untuk pekerjaan itu, atau satu cara lebih sopan untuk memberi isyarat bahawa majikan lebih selesa dengan pekerja berbangsa Cina.



"Atau jika seseorang sedang mencari flat untuk disewa.



"Anda menghubungi ejen hartanah. Beliau mendapat tahu anda bukan seorang Cina dan kemudian dia berkata, maaf, pemilik tidak mahu menyewakan kepada anda. Semua ini berlaku di sini.



"Minoriti mengalaminya lebih teruk, kerana mereka adalah orang paling terkesan dengan diskriminasi kaum sebegini.



"Mereka berasa marah, terluka, kecewa bahawa kata-kata dalam Ikrar Kebangsaan masih lagi satu aspirasi, belum lagi dicapai sepenuhnya," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >