Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee minta The Online Citizen padam artikel dan pos Facebook mengandungi tuduhan palsu atau hadapi tindakan guaman

Sep 01, 2019 | 09:10 PM



 





PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menyuruh laman The Online Citizen (TOC) memadam artikel dan pos Facebook yang mengulangi tuduhan palsu terhadapnya berkenaan 38 Oxley Road, atau berdepan dengan tindakan guaman.



Dalam surat yang dikirimkan kepada ketua editor TOC Terry Xu pada Ahad (1 September), Cik Chang Li Lin, setiausaha akhbar Encik Lee, berkata artikel bahasa Inggeris berjudul "PM Lee's wife, Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members" atau “Ho Ching, isteri PM Lee, secara pelik mengongsi artikel tentang memutus hubungan dengan ahli keluarga”; dan satu pos di Facebook TOC yang  mengandungi pautan kepada artikel itu, mengandungi tuduhan yang palsu.



Encik Lee telah meminta Encik Xu untuk memadamkan, atau menyahterbit  artikel dan pos itu, dan memberinya sehingga Rabu (4 September) untuk memohon maaf “sepenuhnya dan tanpa bersyarat’.



Cik Chang berkata artikel dan pos itu mengulangi beberapa tuduhan palsu terhadap Encik Lee yang sebelum ini dibuat oleh adik Encik Lee, Dr Lee Wee Ling.



Artikel TOC itu telah mengulas tentang bagaimana isteri Encik Lee, Cik Ho Ching telah mengongsi pautan di Facebook berjudul “Here’s why sometimes it is okay to cut ties with toxic family members.” - atau “Inilah sebabnya, mengapa kadangkala ia adalah ok untuk memutuskan hubungan dengan anggota keluarga yang beracun.” Artikel TOC yang sama juga merujuk kepada pos Facebook oleh Dr Lee yang diterbitkan pada Mei. 



Cik Chang berkata artikel TOC dan pos Facebook itu mendakwa Encik Lee menyebabkan bapanya, mendiang Encik Lee Kuan Yew, untuk menyangka bahawa 38 Oxley Road telah diwartakan pemerintah dan hasrat mendiang Encik Lee untuk meruntuhkannya adalah sesia.



“Tuduhan itu ‘tidak berasas sepenuhnya,” kata Cik Chang, yang berkata artikel TOC dan pos Facebooknya juga membuat beberapa tuduhan palsu yang lain.



Salah satu daripada tuduhan itu adalah mendiang Encik Lee telah menggugurkan Encik Lee sebagai pelaksana dan pemegang amanah wasiatnya, selepas mendiang Encik Lee diberitahu pada lewat 2013 bahawa 38 Oxley Road tidak diwartakan.



Kata Cik Chang, mendiang Encik Lee tidak menyertakan Encik Lee sebagai pelaksana atau pemegang amanah sebarang wasiatnya dari 2011.



Selain memadam artikel dan pos serta-merta, Encik Lee juga telah menyuruh Encik Xu menerbitkan permohonan maaf  yang penuh dan tanpa syarat, serta jaminan tidak akan menerbitkan sebarang tuduhan serupa, secara jelas di laman TOC, atau di Facebook.



Jika Encik Xu tidak menurutinya, “Encik Lee tiada pilihan lain selain menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk mengeluarkan saman bagi menguatkuasakan sepenuh haknya mengikut undang-undang,” kata Cik Chang.



Pemeriksaan menunjukkan artikel itu tidak lagi boleh dibaca di laman TOC pada 7.15 petang pada Ahad (1 September) 



Encik Xu telah dihubungi The Straits Times untuk mengulas tentang perkara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >