Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee mula kunjungan dua hari ke Vietnam

Sep 11, 2018 | 03:30 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong memulakan kunjungan dua hari ke Hanoi, Vietnam pada Selasa (11 September), untuk menghadiri perhimpunan diplomatik peringkat tinggi tentang keusahawanan dan inovasi.



Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc telah mengundang Encik Lee untuk menyampaikan taklimat, hari ini, di pembukaan sidang pleno Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asean, tentang ‘inisiatif dan usaha melaksanakan teknologi yang sedang berubah dalam Revolusi Perindustrian Keempat’, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya.



“Inisiatif ini bertujuan memberi kedudukan lebih baik bagi Asean dan Singapura dalam ekonomi masa depan,” kata PMO.



Revolusi Perindustrian Keempat disifatkan gabungan teknologi yang mengaburi sempadan antara bidang fizikal, digital dan biologi.



Ini termasuk kecerdasan buatan (AI) robotik, pencetakan tiga dimensi dan kenderaan pandu sendiri.



Encik Lee, dalam kunjungan ini, diiringi Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pengangkutan) Dr Janil Puthucheary, serta pegawai-pegawai dari PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean memangku jawatan Perdana Menteri semasa ketiadaan Encik Lee di Singapura.



WEF ialah pertubuhan tidak mencari untung (NPO) yang berpangkalan di Switzerland. Ia dikenali kerana menganjurkan mesyuarat tahunan berprofil tinggi melibatkan ketua perniagaan utama dan tokoh politik yang biasanya diadakan setiap Januari.



Perhimpunan minggu ini memberi tumpuan kepada inovasi yang diperlukan untuk merangsang pertumbuhan rantau ini ke fasa selanjutnya.



Singapura, sebagai pengerusi Asean tahun ini, telah mengenal pasti usaha menyepadukan produk digital dan membina kota bijak sebagai antara keutamaannya.



Sidang pleno hari ini dipengerusikan oleh pengerusi eksekutif WEF Encik Klaus Schwab dan dijangka turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Indonesia Encik Joko Widodo dan pemimpin defakto Myanmar Cik Aung San Suu Kyi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >