Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASEAN-AMERIKA SYARIKAT

PM Lee nantikan perbincangan bermakna dengan Biden, rakan Asean

May 13, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berharap dapat mengadakan perbincangan bermakna dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan pemimpin kanan negara itu, selain rakan pemimpin Asean lain sempena lawatan beliau ke Washington DC untuk menghadiri Sidang Puncak Khas Asean-Amerika (AUSS).



Sidang khas itu dijadual diadakan bermula Khamis hingga Jumaat (waktu tempatan).



Ia bermula dengan pemimpin Asean dijamu di majlis makan malam di Rumah Putih, dengan Encik Biden selaku tuan rumah, dan esoknya diadakan pula satu pertemuan sempena sidang puncak khas itu dengan pemimpin Asean bersama Encik Biden.



Ia merupakan kali pertama pemimpin Asean berkumpul sebagai satu kumpulan di Rumah Putih.



Presiden Barack Obama merupakan pemimpin Amerika terakhir yang menjadi tuan rumah kepada kumpulan pemimpin Asean di Sunnylands, California, pada 2016.



Sehingga lapan pemimpin Asean dijangka hadir dalam sidang puncak khas itu.



Pemimpin Myanmar tidak diundang kerana rampasan kuasa tahun lalu, sementara Filipina sedang dalam peralihan selepas pilihan raya di negara itu pada 9 Mei lalu.



Menulis di Facebooknya, Encik Lee berkata:



"Kembali ke Washington DC sekali lagi, kali ini buat Sidang Puncak Khas Asean-AS. Ia adalah sidang puncak kedua, enam tahun selepas yang pertama pada 2016.



"Nantikan perbincangan bermakna dengan Presiden Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris, dan rakan pemimpin Asean lain mengenai isu serantau dan global.



"Saya juga akan bertemu dengan pemimpin dan pegawai Amerika lain semasa lawatan saya ke sini."



Encik Lee sebelum ini telah mengadakan lawatan kerja ke Amerika pada lewat Mac hingga April lalu dengan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Encik Biden dan Cik Harris serta sebilangan Setiausaha Kabinet lain.



Selaku tuan rumah sidang puncak khas itu, Encik Biden pula berusaha menunjukkan bahawa pentadbirannya kekal fokus pada Indo-Pasifik dan cabaran jangka panjang China walaupun kini berlaku krisis Ukraine.



Sidang itu juga berlangsung menjelang lawatan Encik Biden ke Korea Selatan dan Jepun yang dijadualkan pada 20-24 Mei, termasuk rancangan mahu bertemu rakan pemimpin negara Quad - Australia, India dan Jepun - yang berkongsi kebimbangan Amerika tentang cita-cita China untuk meluaskan pengaruhnya di peringkat rantau dan global.



Penyelaras Indo-Pasifik pentadbiran Biden, Encik Kurt Campbell, berkata, dalam satu acara sebuah badan pemikir kelmarin, bahawa adanya rasa prihatin yang mendalam dalam pentadbiran Encik Biden tentang keperluan untuk tidak dialihkan perhatian daripada Indo-Pasifik, dan berkata ia akan berusaha meningkatkan pelaburan dan penglibatan Amerika di negara-negara Asean.



Dalam lawatan kali ini, Encik Lee diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).




"Kembali ke Washington DC sekali lagi, kali ini buat Sidang Puncak Khas Asean-AS. Ia adalah sidang puncak kedua, enam tahun selepas yang pertama pada 2016. Nantikan perbincangan bermakna dengan Presiden Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris, dan rakan pemimpin Asean lain mengenai isu serantau dan global. Saya juga akan bertemu dengan pemimpin dan pegawai Amerika lain semasa lawatan saya ke sini.
- PM Lee, menulis di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >