Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK MESYUARAT ASIA-EROPAH (ASEM)

PM Lee: Negara dunia perlu teruskan kerjasama tangani Covid-19

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi negara dunia meneruskan usaha bersama untuk menangani pandemik Covid-19, walaupun dengan adanya kadar vaksinasi tinggi, sekatan pergerakan dan langkah pengurusan selamat yang lain.



Negara Asia dan Eropah misalnya, boleh membantu dengan memudahkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran selain bekerjasama untuk memulihkan rantaian bekalan, di samping membuka semula perjalanan antarabangsa dengan cara selamat.



Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa berucap pada Sidang Puncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-13 semalam.



Sidang dua hari bermula kelmarin, diadakan melalui sidang video ekoran pandemik Covid-19, dan dipengerusikan perdana menteri Kemboja, Encik Hun Sen.



Asem kali ini menandakan ulang tahunnya ke-25. Ia dihadiri pemimpin dari 30 negara Eropah, 21 negara Asia, Kesatuan Eropah (EU) dan Sekretariat Asean.



Dalam sidang itu, Encik Lee berkata wabak koronavirus itu adalah satu cabaran besar berterusan yang dihadapi negara Asem kerana ia menjejas teruk ekonomi sejagat, kehidupan dan mata pencarian penduduk, sehingga menimbulkan kesukaran di merata dunia.



Namun, beliau menekankan perlunya usaha secara kolektif diteruskan untuk menangani pandemik itu.



"Walaupun dengan kadar vaksinasi tinggi, sekatan pergerakan dan langkah pengurusan selamat lain, adalah amat sukar, hampir mustahil, untuk membasmi virus itu sepenuhnya.



"Malah, sebilangan negara mula menghadapi kesan gelombang jangkitan musim luruh, menjejas sistem penjagaan kesihatan walaupun di negara yang kadar vaksinasinya agak tinggi," ujar beliau.



Oleh itu, penting bagi dunia untuk belajar hidup dengan Covid-19 dengan cara selamat dan mampan, selain membangunkan daya tahan untuk menangani kesan sosial dan ekonomi ekoran pandemik itu.



"Dan negara Asem dalam kedudukan baik untuk berbuat demikian. Misalnya, kita boleh memudahkan pengongsian pengetahuan dan kepakaran, dalam sektor awam dan swasta.



"Kita harus bekerja rapat untuk memulihkan semula bekalan rantaian, dan membuka semula perjalanan antarabangsa dengan cara yang selamat," kata Encik Lee.



Pada masa sama, beliau menggesa agar negara Asem mengambil peluang dalam bidang pertumbuhan baru seperti ekonomi digital.



Ini memandangkan Covid-19 telah mempercepatkan penggunaan transformasi digital dalam perniagaan dan masyarakat.



"Kita harus membina momentum ini dan mengukuhkan integrasi dan kerjasama, untuk membangunkan masyarakat sejagat yang mampan dan inklusif secara digital.



"Kita juga harus mengukuhkan daya tahan siber kita, kerana meningkatkan pergantungan kita pada teknologi bermakna kita memerlukan langkah keselamatan siber yang lebih mantap," ujarnya lagi.



Encik Lee menambah, walaupun dengan cabaran besar itu, beliau yakin negara Asem akan mampu terus bekerjasama untuk membangun ke arah Asem yang lebih berdaya tahan dan saling terkait.




""Walaupun dengan kadar vaksinasi tinggi, sekatan pergerakan dan langkah pengurusan selamat lain, adalah amat sukar, hampir mustahil, untuk membasmi virus itu sepenuhnya. Malah, sebilangan negara mula menghadapi kesan gelombang jangkitan musim luruh, menjejas sistem penjagaan kesihatan walaupun di negara yang kadar vaksinasinya agak tinggi,"
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >