Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Negara kecil perlu bekerjasama

Sep 26, 2019 | 10:35 AM



NEW YORK - Jika negara kecil tidak menguruskan hal ehwal luarnya dengan teliti, kebebasan mereka untuk menentukan nasib mereka sendiri mungkin terhad walaupun mereka masih negara yang bebas, dan mampu melakar nasib mereka sendiri, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (25 September).



Negara kecil perlu bekerjasama untuk memajukan sasaran mereka bersama, selain dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka di dunia, kata PM Lee dalam satu resepsi untuk pemimpin negara kecil, yang dianjurkan oleh Singapura.



Negara-negara yang diwakili adalah sebahagian daripada Forum Negara-Negara Kecil, iaitu kumpulan tidak formal yang dimulakan oleh Singapura hampir 30 tahun lalu untuk mengemukakan dan melakar sasaran yang sama antara mereka. 



Pada awalnya, kumpulan tersebut mempunyai hanya 16 negara sebagai anggota, namun jumlah tersebut meningkat menjadi 107 anggota, iaitu lebih separuh daripada ahli keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



PM Lee, yang berada di New York sehingga Jumaat untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan mesyuarat yang diadakan di sampingnya, menekankan kepada hampir 60 pemimpin dari 40 negara yang hadir tentang peri pentingnya negara kecil kerjasama rapat antara satu sama lain.



"Negara-negara kecil mampu, dan perlu menyumbang kepada usaha PBB, kerana negara kecil akan meraih manfaat dengan adanya PBB yang kuat, serta sistem multilateral yang mantap dan stabil," tambah beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >