Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN PAMERAN BERGERAK GENERASI MERDEKA

PM Lee: Pakej Merdeka diharap dapat bantu meniti alam persaraan

Jun 03, 2019 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Pakej Generasi Merdeka (MGP), khas untuk rakyat yang dilahirkan pada tahun-tahun 1950-an, diharap dapat memberikan lebih ketenangan minda kepada golongan itu sedang mereka meniti alam persaraan.



Encik Lee berkata demikian semasa berucap di acara penghargaan generasi itu sempena pelancaran Pameran Bergerak Generasi Merdeka di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central semalam.



Pameran itu merupakan yang pertama daripada sejumlah 23 yang bakal diadakan di serata Singapura bermula Jun ini untuk mendekati anggota generasi tersebut.



Dalam ucapannya, Encik Lee berkata ramai anggota Generasi Merdeka mula bekerja pada usia muda untuk menyara hidup keluarga, dan ramai juga yang banyak berkorban serta hidup susah.



"Berkat usaha gigih anda, Singapura berkembang makmur dan bersatu padu dan kita telah mencapai banyak kemajuan hingga ke hari ini.



"MGP hanyalah satu tanda penghargaan yang kecil untuk bantu anda dalam kos perubatan dan sara hidup anda," ujar Encik Lee dalam bahasa Melayu.



Ucapan Encik Lee itu menyusuli perbincangan sejak beberapa minggu lalu mengenai kecukupan persaraan, dan jumlah yang diperlukan setiap bulan bagi warga emas bersara dengan selesa.



Semalam, seramai 300 anggota Generasi Merdeka merupakan antara yang pertama di Singapura untuk menerima Cenderahati Alu-Aluan Generasi Merdeka termasuk kad Generasi Merdeka, di acara.



Encik Lee sendiri, yang dilahirkan pada 1952, turut menerima cenderahati serta kad Generasi Merdekanya daripada Cik Noelene De Foe, pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Teck Ghee.



Secara keseluruhannya, sebanyak 8,300 cenderahati diagihkan di 34 acara di serata negara termasuk di Ang Mo Kio semalam.



Anggota Generasi Merdeka yang lain pula akan menerima cenderahati dan kad mereka di acara masyarakat kemudian, atau menerusi pos bermula hujung Jun ini hingga Ogos nanti.



Antara manfaat pakej itu termasuk tokokan sebanyak $200 ke akaun Medisave setiap tahun selama lima tahun, serta tokokan sekali sebanyak $100 kepada Kad PAssion Silver, yang boleh digunakan untuk menyertai kursus di kelab masyarakat.



Anggota Generasi Merdeka boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej tersebut serta tarikh pameran bergerak itu di www.merdekageneration.sg.



Pasukan Bertindak Perhubungan dan Pendekatan Generasi Merdeka sedang mempergiat usaha untuk mendekati golongan itu, termasuk di tempat-tempat kerja, untuk menyebar mesej tentang pakej tersebut, kata anggota pasukan itu, Cik Sharifah Sakinah Ali Alkaff.



"Berbanding Generasi Perintis, ramai anggota Generasi Merdeka masih sihat dan bekerja, dan kami harus sesuaikan langkah kami untuk mendekati mereka," ujar Cik Sharifah, seorang pengarah kanan di Yayasan Mendaki, yang juga anggota Generasi Merdeka.



Laporan lanjut: Semangat 'warga Merdeka' harungi cabaran dihargai PM




"Berkat usaha gigih anda, Singapura berkembang makmur dan bersatu padu dan kita telah mencapai banyak kemajuan hingga ke hari ini. MGP (Pakej Generasi Merdeka) hanyalah satu tanda penghargaan yang kecil untuk bantu anda dalam kos perubatan dan sara hidup anda."
- PM Lee Hsien Loong yang turut merupakan anggota Generasi Merdeka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >