PARTI pemerintah, Parti Tindakan Raykat (PAP), perlu mengekalkan identitinya dan terus mewakili segenap lapisan masyarakat sambil menyesuaikan diri kepada landskap politik negara yang berubah.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata parti yang telah memenangi setiap pilihan raya sejak merdeka itu mesti terus mentadbir Singapura dengan baik, mendampingi rakyat, kekal mudah didekati warga dan menjadi pemimpin yang wajar dicontohi.