Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

PM Lee: PAP harus terus wakili segenap lapisan masyarakat SG, sambil sesuaikan diri dengan politik yang berubah

Setempat
27
0

PM Lee: PAP harus terus wakili segenap lapisan masyarakat SG, sambil sesuaikan diri dengan politik yang berubah

Nov 08, 2020 | 01:55 PM

PARTI pemerintah, Parti Tindakan Raykat (PAP), perlu mengekalkan identitinya dan terus mewakili segenap lapisan masyarakat sambil menyesuaikan diri kepada landskap politik negara yang berubah.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata parti yang telah memenangi setiap pilihan raya sejak merdeka itu mesti terus mentadbir Singapura dengan baik, mendampingi rakyat, kekal mudah didekati warga dan menjadi pemimpin yang wajar dicontohi.

Menggesa setiap aktivis untuk memberi komitmen kepada melaksanakan tanggungjawab itu, Encik Lee yang juga Setiausaha Agung PAP, berkata ia semakin penting sedang negara bergelut dengan krisis paling buruknya sejak mencapai kemerdekaan.

“Jangan pernah lupa, kita adalah Parti Tindakan Rakyat...Kita bukan parti bagi kumpulan berkepentingan khas atau  sesebuah masyarakat. Kita mewakili rakyat Singapura,” ujar beliau.

Encik Lee berkata demikian dalam ucapannya di Sidang ke-36 PAP, yang disampaikan secara virtual kepada sekitar 2,000 kader parti. 

Di sidang itu, parti tersebut telah memilih jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) - badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Undian kali ini dijalankan di pusat-pusat berbeza - sejajar dengan langkah pengurusan selamat Covid-19 - dengan para kader berkumpul di cawangan masing-masing untuk mengundi.

Pemimpin parti dan Anggota Parlimen (AP) pula berkumpul di Pusat NTUC dekat Raffles Place, dan mengundi di sana.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3