Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

PM Lee: Pemerintah akan lakukan apa sahaja untuk bantu rakyat S’pura harungi Covid-19

Mar 27, 2020 | 04:06 PM

SUNGGUHPUN cabaran ekonomi yang disebabkan wabak koronavirus sangat serius, pemerintah akan melakukan “apa sahaja yang diperlukan” untuk menstabilkan ekonomi, memelihara pekerjaan dan membantu syarikat kekal bertahan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (27 Mac).

“Apa sahaja yang perlu untuk dilakukan, kita akan melakukannya,” kata Encik Lee kepada wartawan sedang beliau berucap mengenai Belanjawan Tambahan yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Khamis. 

“Kami ingin lihat orang ramai mengharungi tempoh ini; kita bukan di bawah tanggapan bahawa ini adalah pengakhirannya kerana tiada sesiapa yang boleh tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang,” kata Encik Lee dalam satu wawancara di Istana.

Memandang keadaan wabak ini semakin berkembang pesat, Encik Lee berkata pemerintah telah fikir langkah dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 18 Feb lalu akan memberikan masa beberapa bulan bagi ia untuk menilai keadaan dan menyusun pakej kedua.

"Tetapi kami tidak menjangkakan dalam tempoh sebulan, keadaan berubah sepenuhnya - keadaan kesihatan berubah sepenuhnya, keadaan ekonomi benar-benar berubah," katanya.

Pada Khamis, Encik Heng membentangkan Belanjawan Tambahan bernilai lebih $48 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan, membantu rakyat dan menyokong perniagaan yang terjejas akibat koronavirus Covid-19.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian