Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BENARKAN JURURAWAT MUSLIM PAKAI TUDUNG JIKA MEREKA INGINKAN

PM Lee: Pemerintah fahami hasrat, sedang pertimbangkan bagaimana ia boleh dilaksana

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



  • Hargai Muis dan masyarakat asatizah kerana sertai perbincangan dengan pemerintah sejak beberapa tahun lalu

  • Respons PM kepada surat dari Mufti

PEMERINTAH memahami kepentingan tudung dari sudut sosio-agama, dan keinginan jururawat Islam untuk memakainya jika mereka mahu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Sedang pemerintah kini mempertimbangkan cara untuk membenarkan langkah itu, apa-apa perubahan perlu dilakukan secara beransur-ansur, mengambil kira konteks masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama.



Encik Lee berkata demikian dalam satu surat untuk menjawab surat Mufti Dr Nazirudin Nasir mengenai kemungkinan pemerintah mengubah dasar tudung bagi jururawat.



"Pemerintah memahami sepenuhnya kepentingan sosio-agama yang semakin meningkat mengenai tudung kepada warga Islam Singapura, dan keinginan jururawat Islam untuk memakai tudung dengan seragam mereka jika mereka mahu berbuat demikian," tulis Encik Lee.



Dalam suratnya lagi, Encik Lee berkata keharmonian kaum dan agama Singapura adalah berdasarkan prinsip melayani setiap orang secara adil tanpa prasangka atau diskriminasi, dan membina identiti nasional bersama.



Ini di samping prinsip membenarkan setiap masyarakat untuk mengamalkan agama dan gaya hidup mereka, sambil memupuk sikap tolak ansur dan saling percaya.



Singapura kini mencapai satu titik keseimbangan yang mengambil kira kepentingan semua masyarakat, kata Encik Lee.



"Keseimbangan ini boleh berubah-ubah. Sedang generasi warga Singapura lebih muda membesar dan sikap mereka berubah, isu dan tekanan baru timbul.



"Ini mesti ditangani mengambil kira konteks Singapura. Apa-apa perubahan perlu dipertimbang secara teliti dan beransur-ansur.



"Barulah perubahan sedemikian akan difahami dan diterima semua masyarakat, dan hasilnya memperkukuh dan tidak melemahkan keharmonian kaum dan agama kita," kata Encik Lee.



Bayangan mengenai perubahan yang bakal dilaksana itu telah diberikan seawal enam bulan lalu, pada 31 Ogos, dalam satu perbincangan tertutup dengan asatizah.



Pada 23 Mac lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pemerintah akan mengambil masa beberapa bulan lagi untuk berunding dengan masyarakat bagi mencari huraian terbaik berhubung perkara tersebut.



Dalam surat bertarikh 27 Mac kepada Encik Lee, Dr Nazirudin menyatakan beliau mengalu-alukan perkembangan terbaru mengenai kemungkinan pemerintah mengubah dasar tersebut.



"Masyarakat Islam memahami sepenuhnya ini merupakan satu keputusan rumit dengan banyak pertimbangan yang sukar dan berbeza.



"Dalam masyarakat kita yang berbilang agama, memang bukan mudah untuk mengurus pelbagai aspirasi dan jangkaan serta mengekalkan tahap kepercayaan dan keyakinan antara masyarakat pada masa yang sama," tulis Dr Nazirudin.



"Kami menyokong sepenuhnya pendirian sekular dan neutral pemerintah dalam melayani pelbagai kumpulan agama secara sama rata, sedang ia berunding dengan masyarakat dan mengkaji kesan dasarnya kepada masyarakat," tambahnya.



Dr Nazirudin berkata menerusi pendekatannya dengan asatizah sepanjang setahun lalu, ramai yang setuju bahawa perubahan dasar perlu dilakukan secara sensitif tanpa menjejas perpaduan sosial.



"Kami juga setuju bahawa sedang cabaran sosial menjadi lebih rumit, kami perlu berusaha ke arah perbincangan awam yang bertimbang rasa dan penuh hormat, didorong keinginan memperkukuh kebaikan bersama dan keharmonian sosial," ujar Dr Nazirudin.




"Sedang generasi warga Singapura lebih muda membesar dan sikap mereka berubah, isu dan tekanan baru timbul. Ini mesti ditangani mengambil kira konteks Singapura. Apa-apa perubahan perlu dipertimbang secara teliti dan beransur-ansur. Barulah perubahan sedemikian akan difahami dan diterima semua masyarakat, dan hasilnya memperkukuh dan tidak melemahkan keharmonian kaum dan agama kita."
- PM Lee Hsien Loong.



"Masyarakat Islam memahami sepenuhnya ini (perubahan dasar tudung bagi jururawat) merupakan satu keputusan rumit dengan banyak pertimbangan yang sukar dan berbeza... Kami menyokong sepenuhnya pendirian sekular dan neutral pemerintah dalam melayani pelbagai kumpulan agama secara sama rata, sedang ia berunding dengan masyarakat dan mengkaji kesan dasarnya kepada masyarakat."
- Mufti Dr Nazirudin Nasir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >