Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rapat Hari Pekerja PM Lee

PM Lee: Pemimpin 4G dukung tanggungjawab tambahan bagi persiapkan diri untuk peralihan kepimpinan

May 01, 2018 | 02:00 PM



FilePEMIMPIN Generasi Keempat (4G) sedang belajar sambil menjalankan tugas dan sedang mendukung lebih banyak tanggungjawab dalam mempersiapkan diri bagi peralihan puncuk kepimpinan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Berucap di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, Encik Lee berkata perubahan di pucuk kepimpinan Gerakan Buruh adalah sebahagian peralihan kepimpinan yang sedang dilalui Singapura.



Mengulas tentang pelantikan Encik Chan Chun Sing sebagai Menteri Perdagangan Dan Perusahaan (MTI), Encik Lee berkata pengalaman Encik Chan sebagai Setiausaha Agung Gerakan Buruh adalah amat berharga dalam tugas baru ini.



Encik Lee juga melahirkan keyakinan bahawa Encik Ng Chee Meng, yang bakal menggantikan Encik Chan di Gerakan Buruh, akan meneruskan kerja baik Encik Chan dan memimpin NTUC dengan baik.



Encik Ng, minggu  lalu, dinamakan sebagai Timbalan Setiausaha Agung NTUC.



Dalam ucapannya, Encik Lee berkata generasi pemimpin kesatuan yang lebih muda sedang dipupuk untuk belajar daripada pemimpin lebih mapan dan mempersiap diri untuk mengambil alik kepimpinan kesatuan masing-masing.



Encik Lee turut menekankan peri pentingnya bagi generasi pemimpin kesatuan baru untuk memperbaharui kerjasama dan sikap saling mempercayai antara kesatuan dengan pemerintah dan memastikan mereka terus menyokong rangka kerja perikatan tiga pihak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >