Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee: Pemutus rantaian jangkitan tunjuk kesan, tapi perjuangan belum berakhir

May 20, 2020 | 04:21 PM

PEMUTUS rantaian jangkitan telah menunjukkan kesan, dan keadaan jangkitan Covid-19 di Singapura semakin baik.

Tetapi, perjuangan menentang koronavirus itu belum berakhir.

Menulis di Facebook hari ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura tidak boleh kembali ke keadaan sebelum ini.

"Itulah sebabnya kami membuka semula secara bertahap, dengan khidmat menjamu selera F&B hanya dibenarkan setelah kami yakin penyebaran masyarakat akan kekal rendah.

"Kami telah melihat negara-negara lain yang telah dibuka mengalami peningkatan semula kes. Hanya satu orang yang dijangkiti diperlukan untuk membentuk kelompok baru," tulisnya.

Pasukan bertindak silang kementerian mengenai pandemik itu pada Selasa telah menggambarkan bagaimana Singapura akan secara bertahap melonggarkan sekatan selepas pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun.

"Saya yakin semua orang tidak sabar untuk kembali ke keadaan biasa - menghantar anak-anak kita kembali ke sekolah, membuka semula perniagaan, makan luar bersama rakan, dan akhirnya dapat mengunjungi keluarga dan orang tersayang.

"Kita tidak boleh kekal ditutup selama-lamanya, jadi kita harus membiasakan diri dengan normal baru, menyesuaikan rutin kita untuk hidup dan bekerja dengan selamat walaupun terdapat wabak global ini. Marilah kita terus bekerjasama untuk mengawal Covid-19. Kita akan muncul lebih kuat daripada pengalaman ini," tulis Encik Lee.  

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3