Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Penggunaan bahasa Inggeris di rumah termasuk keluarga Melayu terus meningkat

Beliau syorkan kempen bahasa yang dianjurkan di sini harus membuat penyesuaian berdasarkan trend tersebut
Oct 23, 2019 | 05:30 AM



BILANGAN keluarga Singapura yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah terus meningkat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Oleh itu, kempen bahasa yang dianjurkan di sini harus membuat penyesuaian berdasarkan trend tersebut.



Encik Lee berkata demikian semasa berucap di majlis ulang tahun ke-40 Kempen Bercakap Bahasa Mandarin di Pusat Budaya Cina Singapura semalam.



Beliau merujuk kepada tinjauan tahunan Kementerian Pendidikan (MOE) ke atas ibu bapa murid darjah satu.



Tinjauan itu menunjukkan sekitar 71 peratus keluarga Cina menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah.



Namun, trend ini tidak terhad kepada keluarga Cina kerana bilangan keluarga Melayu dan India yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah turut meningkat.



Menurut kajian itu, 67 peratus keluarga Melayu yang mempunyai anak di peringkat darjah satu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah tahun ini, berbanding 18 peratus pada 1999.



Sementara itu, 70 peratus keluarga India yang mempunyai anak di peringkat darjah satu pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah tahun ini, berbanding 55 peratus pada 1999.



Kalau lebih separuh keluarga Cina di sini menggunakan bahasa Mandarin di rumah sekitar 20 tahun lalu, Encik Lee berkata ramai yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka kini.



Namun, bahasa Mandarin yang digunakan di Singapura unik dan dipengaruhi bahasa dan dialek lain, ujarnya.



Sebagai contoh, perkataan seperti 'pasar' dan 'kampung' berasal daripada bahasa Melayu sementara 'popiah' dan 'pak tor' berasal daripada dialek.



Malah, terdapat juga istilah baru yang dicipta berdasarkan pembangunan unik Singapura.



Ini antara lain mencerminkan identiti berbilang budaya Singapura, kata Encik Lee.



Kempen Bercakap Bahasa Mandarin dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew pada 1979 untuk menggalak warga Singapura berbangsa Cina lebih berbahasa Mandarin daripada dialek.



Kempen itu bertujuan meningkatkan tahap bahasa Mandarin dan memupuk perpaduan masyarakat Cina setempat.



Hasilnya, lebih ramai mula berbahasa Mandarin dan kurang menggunakan dialek.



Namun lama-kelamaan, mereka lebih berbahasa Inggeris pula.



Oleh itu, kempen itu mengalihkan tumpuan untuk menggalak orang Cina yang lebih berbahasa Inggeris menggunakan bahasa Mandarin juga.



Kempen itu antara lain telah memperkenal pertandingan bakat keluarga bagi membolehkan datuk nenek mengeratkan hubungan dengan cucu mereka sambil belajar dan bercakap bahasa Mandarin.



Dalam masyarakat yang lebih menggunakan bahasa Inggeris seperti di Singapura, Encik Lee berkata orang ramai perlu berusaha mencipta sekitaran berbahasa ibunda, termasuk Mandarin, di rumah.



Namun, beliau berharap semua orang akan gigih berusaha kerana usaha ini berbaloi.




SEKILAS TREND PENGUNAAN BAHASA INGGERIS DI RUMAH



  • 67 peratus keluarga Melayu yang mempunyai anak di peringkat darjah satu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah tahun ini, berbanding 18 peratus pada 1999

  • 70 peratus keluarga India yang mempunyai anak di peringkat darjah satu pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah tahun ini, berbanding 55 peratus pada 1999

  • 71 peratus keluarga Cina menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >