PERJANJIAN Dagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Turkey telah mencapai kemajuan yang baik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Menulis di Facebooknya semalam, Encik Lee berkata beliau telah menghadiri satu mesyuarat yang baik bersama Menteri Ekonomi Turkey, Encik Nihat Zeybekci, serta ketua perniagaan dari Turkey dan Singapura kelmarin.