Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Perlu waspada sambut CNY bagi elak kelompok baru Covid-19

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura perlu mengambil perlindungan sedang mereka meraikan Tahun Baru Cina (CNY) di tengah-tengah pandemik koronavirus untuk melindungi terhadap risiko berlakunya kelompok baru, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Malah, beliau sendiri akan meraikan sambutan secara kecil-kecilan di rumah.



"Saya akan melakukan lawatan seperti biasa meninjau pekerja di perkhidmatan penting yang masih bekerja semasa tempoh ini. Kemudian saya akan meraikan Tahun Baru Cina dengan lapan pelawat, tidak lebih daripada itu, daripada kaum keluarga."



Beliau juga akan melawat pekerja di barisan hadapan di lapangan terbang, dan di salah sebuah hospital.



PM Lee berkata demikian semasa satu lawatan ke Poliklinik Ang Mo Kio, di mana sesi perintis pemvaksinan bagi warga emas berusia 70 tahun ke atas bermula semalam.



Beliau turut menekankan bahawa masih terdapat kebimbangan pembawa virus besar atau super spreader berlaku semasa perayaan Tahun Baru.



Pemerintah akan dapat mengawal keadaan jika satu atau dua kes timbul.



"Lima, enam, tujuh kes dalam satu kelompok, jika kita bertuah, kita kerja keras, kita boleh jejak ratusan orang."



Tetapi jika beberapa dozen kelompok timbul, maka terdapat risiko Singapura boleh kembali ke situasi seperti Mac dan April tahun lalu "di mana kita perlu menjalani pemutus litar dan itu merupakan kos yang amat tinggi dan menimbulkan gangguan bagi kita semua di Singapura," ujar PM Lee. SHAHIDA SARHID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >