PM Lee persoal cara wasiat terakhir bapanya disiapkan

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menimbulkan soalan-soalan serius berkaitan cara wasiat bapanya, mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, disiapkan, dan apakah terdapat konflik kepentingan apabila adik iparnya, Cik Lee Suet Fern, membantu menyiapkan wasiat tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan peguamnya daripada firma Drew and Napier kelmarin malam, PM Lee memberi perincian yang disifatkannya sebagai "amat membimbangkan" berhubung versi ketujuh dan terakhir wasiat itu, dan berkata beliau "amat prihatin" apakah mendiang Encik Lee dinasihati dengan betul dan secara bebas tentang kandungannya sebelum wasiat itu ditandatangani.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan