Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee pesan agar warganet tidak terpedaya dengan akaun palsu dirinya promosi 'hadiah percuma'

Jan 09, 2021 | 09:59 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengingatkan warganet agar tidak terpedaya dengan akaun palsu Facebook yang menayangkan klip beliau kononnya mempromosikan 'hadiah percuma'.



Kebanyakan akaun ini, ujar Encik Lee di Facebook, menjanjikan wang yang mudah diperolehi jika anda berkongsi pautan kumpulan Facebook lantas menularkan penipuan ini lagi. 



"Jika anda melihat lampiran pos ini, jangan 'klik' pada pautan tersebut. Mereka ingin memperdaya anda agar mendedahkan butiran bank atau maklumat peribadi lain. Sebaliknya, laporkan lampiran pos itu kepada Pasukan Polis Singapura.



"Cuba catatkan pada URL pos itu kerana tangkap layar tidak selalu memberi maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti pos palsu ini," tulis Encik Lee.



Beliau yang berharap warganet kekal berwaspada selalu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberitahunya tentang akaun-akaun palsu itu.



Bagi keterangan lanjut mengenai penipuan, lungsuri laman beralamat www.scamalert.sg atau hubungi talian Hotline Antipenipuan di 1800-722-6688.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >