Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Pilih calon yang berwibawa dan jujur

Sep 03, 2015 | 11:00 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menekankan lagi tentang betapa pentingnya seseorang calon yang ingin menjadi wakil rakyat mempunyai kewibawaan, hati yang betul dan kejujuran.


Berucap di rapat pilihan raya pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebentar tadi, Selasa (2 September), Encik Lee berkata:


"Dalam politik, hati mesti betul. Anda mesti jujur, mempunyai kewibawaan, anda mesti mahu berkhidmat, anda mesti mengambil berat tentang rakyat. Anda tidak boleh pentingkan diri sendiri, anda tidak boleh menyembunyikan sesuatu dan elak."


Beliau berkata demikian di rapat bagi SMC Radin Mas di Padang Hoki Delta, Tiong Bahru Road.


Turut hadir berucap dan memberi sokongan ialah mantan Menteri Negara Kanan, Encik Sidek Saniff, dan calon SMC Radin Mas, Encik Sam Tan serta calon-calon PAP bagi GRC Tanjong Pagar.


Encik Lee berkata, ada calon yang mempunyai watak kurang baik dan tidak sepatutnya berada dalam politik.


"Ada orang melakukan kesilapan dan tidak memperbetulkannya dan tidak mengaku. Mereka anggap ia tidak wujud. Mereka jelaskan mengapa ia bukan satu masalah," ujarnya.


Menurutnya, dalam pilihan raya umum ini, membincangkan isu dan masa depan negara adalah penting, namun beliau mengingatkan rakyat agar meneliti calon-calon yang dikemukakan.


"Tanya diri anda, tanya mereka. Anda orang jenis apa? Apa yang anda wakili? Adakah hati anda benar-benar bersama saya?" pesan beliau.


Katanya, PAP akan melakukan yang terbaik dan menawarkan pasukannya yang terbaik mungkin.


"Kami akan berjuang untuk anda, kami akan bertindak untuk anda, kami akan berkerja untuk anda. Ia formula yang berkesan," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >