Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee pimpin delegasi S'pura bagi Sidang Puncak Asean maya

Nov 11, 2020 | 06:33 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan memimpin delegasi Singapura bagi Sidang Puncak Asean ke-37 dan Sidang Puncak Berkaitan yang bakal berlangsung dari esok (12 Nov) hingga 15 November 2020.



Sidang tersebut akan diadakan menerusi persidangan video.

 



Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya berkata  pemimpin Asean akan membincangkan cabaran kesihatan awam dan sosio-ekonomi dek pandemik Covid-19.




Mereka juga akan berusaha mengorak jalan pemulihan pasca-Covid-19, selain bertukar pandangan tentang isu serantau dan antarabangsa.

 



Para pemimpin itu juga akan meneruskan perbincangan tentang bagaimana untuk memperkukuh kerjasama serantau dan menggalak keamanan serta kestabilan di rantau ini.

 



MFA menambah pemimpin Asean akan bertemu dengan rakan sejawatan mereka semasa Sidang Puncak Asean Campur Tiga ke-23, Sidang Puncak Asia Timur ke-15, Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), dan Sidang Puncak dengan Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >