Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, PM M'sia Ismail Sabri saksikan pelancaran VTL (Darat) di Koswe

Nov 29, 2021 | 02:05 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyaksikan pelancaran Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat)  antara Singapura dengan Malaysia pada Isnin di Pusat Pemeriksaan Woodlands (29 November).



Dalam video penstriman langsung di halaman Facebook PM Lee, kedua-dua pemimpin itu bergambar di hadapan bas Transtar Travel, yang mempunyai papan tanda bertulis: "VTL SG-MY".



VTL yang dinanti-nantikan membolehkan sehingga 1,440 rakyat, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang masuk tanpa kuarantin ke setiap negara menggunakan bas yang ditetapkan setiap hari.



Perkhidmatan bas pertama yang ditetapkan berlepas ke Johor Baru kira-kira jam 8 pagi. Encik Ismail berada di Singapura dalam rangkalawatan rasmi pertamanya ke Singapura sebagai perdana menteri sejak memegang jawatan itu sejak Ogos lalu.



Perdana Menteri Malaysia diiringi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.



PM Lee pula diiringi Menteri Kanan Teo Chee Hean; Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Gan Kim Yong dan Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran. Datuk Ismail Sabri juga bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >