Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

PM Lee, PM Muhyiddin bincang projek HSR, bakal umum perincian tidak lama lagi

Dec 02, 2020 | 09:09 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penilaian berhubung perbincangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur semalam.

Menerusi satu kenyataan bersama oleh Pejabat Perdana Menteri Singapura dan Malaysia, kedua-dua negara akan mengumumkan butiran lanjut mengenai projek HSR itu menerusi satu kenyataan bersama tidak lama lagi.

Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin telah berbincang tentang projek HSR itu menerusi satu panggilan sidang video semalam.

Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua perdana menteri itu dapat memahami pendirian Singapura dan Malaysia dengan baik.

Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin juga mengesahkan lagi hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dan Malaysia, yang merangkumi kerjasama dalam banyak bidang, serta hasrat ikhlas mereka untuk mengukuhkan lagi hubungan ini bagi manfaat kedua-dua negara.

Perbincangan antara dua perdana menteri itu diadakan menjelang tarikh akhir penangguhan projek HSR yang dilanjutkan buat kali kedua, yang juga kali terakhir, hingga 31 Disember 2020. 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map