Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, Presiden Jokowi akan adakan Rahat Pemimpin di Bintan

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan bertemu dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, di Bintan sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada Selasa ini.



Dua pemimpin itu akan meneliti kemajuan dalam kerjasama dua hala dan meneroka peluang memperkukuhkan lagi hubungan.



"Setiausaha Media kepada Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengesahkan Perdana Menteri Lee akan melawat Bintan, Indonesia, pada 25 Januari bagi Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia, yang dihoskan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo.



"Para pemimpin itu akan meneliti kemajuan dibuat bagi kerjasama dua hala dan meneroka cara memperkukuh interaksi dalam bidang-bidang utama yang menjadi kepentingan bersama," ujar kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



Kali terakhir Encik Lee bertemu Encik Jokowi adalah di Singapura semasa Rahat Pemimpin yang diadakan pada 8 Oktober 2019.



Sejak pandemik Covid-19, tidak ada Rahat Pemimpin diadakan antara kededua negara itu.



Pada 3 Januari lalu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyatakan kedua-dua negara telah mencapai kemajuan dalam isu dua hala utama sejajar dengan apa yang dipersetujui pada 2019.



Meskipun jurucakap itu tidak menjelaskan isu utama, rangka kerja 2019 meneliti dua isu iaitu pengurusan ruang udara dan latihan ketenteraan.



November lalu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi, juga meneruskan perbincangan berhubung skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dua hala, sehari selepas Singapura mengumumkan pengunjung dari Indonesia boleh berkunjung bebas kuarantin ke Singapura sejak 29 November lalu.



Dalam sidang akhbar di Jakarta semalam, Pengarah Ehwal Asia Tenggara di Kementerian Ehwal Luar Indonesia, Encik Mirza Nurhidayat, berkata perkara berkaitan peningkatan kerjasama dua hala antara Indonesia dan Singapura akan dibincangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >