Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee, Presiden Jokowi bertemu di Sochi

May 21, 2016 | 08:01 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong (kanan) mengadakan pertemuan yang tidak dijadualkan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (kiri) semasa kededua pemimpin itu berada di Sochi, Russia bagi menghadiri Sidang Puncak Asean-Russia kelmarin.

Menulis di laman Facebooknya, Encik Lee berkata beliau diberitahu Presiden Jokowi menginap di lantai yang sama di hotel mereka di Sochi.

“...jadi saya meminta untuk bertemu beliau. Kami mengadakan pertemuan empat mata yang baik selama 30 minit sebelum sidang bermula,” kata Encik Lee.

Menurut beliau, mereka berbincang mengenai ancaman pengganasan dan bagaimana agensi kededua negara akan bekerjasama untuk memerangi ancaman itu.

“Kami mengalu-alukan rahat kami akhir tahun ini. Indonesia akan menjadi hos, dan kami berharap dapat melawat Kendal dekat Semarang di Jawa Tengah, di mana Sembcorp mempunyai projek bersama untuk membangunkan sebuah taman industri yang besar,” kata Encik Lee lagi.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3