Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

PM Lee, Presiden Jokowi yakin hubungan Sg-Indonesia akan berkembang, bertambah makmur

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee, Presiden Jokowi yakin hubungan Sg-Indonesia akan berkembang, bertambah makmur

Sep 07, 2017 | 02:30 PM

SETELAH 50 tahun hubungan diplomatik Singapura dan Indonesia terjalin, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo melahirkan keyakinan hubungan dua hala itu akan menjadi semakin akrab agar kedua negara dapat berkembang bersama bagi 50 tahun mendatang.

Hubungan diplomatik kedua-dua negara yang mula dijalinkan pada 7 September, 1967 diraikan dalam Rahat Pemimpin diadakan di Singapura semalam.

Rahat itu ialah kedua selepas kedua pemimpin bertemu di Semarang, Indonesia November tahun lalu.

Dengan tema ‘Rakan Dipercayai, Berkembang Bersama’ atau Trusted Partners, RISING Together’ (RI Bagi Republik Indonesia dan SING bagi Singapura), PM Lee berkata tema itu dipilih bagi mencerminkan asas hubungan dua hala yang telah lama terjalin berdasarkan kepercayaan strategik dan visi bahawa kedua negara akan meraih lebih banyak faedah jika maju bersama.

“Hubungan dua hala kami telah berkembang dan bertambah makmur. Generasi pemimpin mengambil pendekatan jangka panjang bagi bekerja sama untuk manfaat bersama dan menghuraikan masalah dengan cara yang baik dan rasional. Hari ini, kita mempunyai hubungan yang kukuh berdasarkan kepercayaan bersama dan saling menghormati,’’ kata PM Lee, dalam sidang akhbar bersama Presiden Jokowi di Istana semalam.

Kedua pemimpin membincangkan banyak bidang bagi mengukukan hubungan dua hala dan sejak rahat di Indonesia tahun lalu, banyak kemajuan dicapai termasuk pelaburan dan latihan kemahiran, ekonomi digital dan inisiatif bagi menyokong pertumbuhan serantau dan pembangunan di Indonesia.

Menurut PM Lee, Taman Perusahaan Kendal (KIP), yang dibuka beliau dan Presiden Joko di Semarang tahun lalu, telah menarik 32 penyewa, pelaburan AS$500 juta ($673 juta) dan mewujudkan hampir 4,000 pekerjaan.

Beliau menyatakan terdapat rancangan bagi membentuk sebuah politeknik di KIP bagi melahirkan pekerja terlatih bagi menyokong projek itu.

Menyentuh mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi digital, Presiden Jokowi menyatakan ia amat penting bagi kedua negara menggabungkan pelaburan dan teknologi mereka.

“Jika kita gabungkan pelaburan, teknologi dengan bakat dan pasaran belia yang berpotensi, kerjasama ekonomi digital akan menjadikan ekonomi Indonesia dan Singapura lebih kukuh,’’ kata beliau.

Batam merupakan lokasi ideal bagi membangunkan ekonomi digital termasuk pembangunan kelompok digital di Nongsa dan inkubator perniagaan teknologi baru (Start-up).

Bidang pelancongan menawarkan banyak peluang tetapi belum dimanfaatkan sepenuhnya, kata Presiden Jokowi.

Oleh itu, kedua negara bersetuju membangunkan destinasi pelancongan bersama, bekerjasama dalam mengoperasikan kapal persiaran (cruise) dan meningkatkan pelaburan dalam prasarana pelancongan.

Dalam bidang keselamatan, PM Lee mengongsi keprihatinan Presiden Jokowi terhadap ancaman pengganasan di rantau ini dan kedua negara bersetuju bekerjasama dengan lebih erat bagi mengatasi isu itu.

Menurut PM Lee, Presiden Jokowi juga memberitahu beliau mengenai usaha peribadinya manangani masalah jerebu antara sempadan.

“Keadaannya bertambah baik sejak dua tahun lalu dan saya mengucapkan terima kasih kerana perhatian beliau terhadap hal ini dan menawarkan kerjasama penuh Singapura menangani isu itu,’’ kata PM Lee.

Untuk membawa rakyat kedua negara bersama, beliau yakin hubungan itu dapat diperkaya melalui pertukaran budaya.

Kedua negara merancang mengadakan acara budaya tahun depan untuk mempamerkan budaya Indonesia yang kaya dan seni dan budaya Singapura yang berkembang.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Presiden Jokowi, kita akan terus menikmati hubungan yang kukuh, melihat ke hadapan dan dinamik. Harapan saya agar Singapura dan Indonesia akan maju bersama ke tahap lebih tinggi bagi 50 tahun mendatang,’’ kata PM Lee

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3