Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Projek laluan Johor-SG pupuk hubungan lebih erat dua hala

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



APABILA siap kelak, projek laluan Sistem Transit Laju (RTS) antara Johor Bahru dengan Singapura akan mengurangkan kesesakan di Koswe dan memudahkan perniagaan dan pelancongan.



Ini akan memupuk hubungan lebih erat antara rakyat Singapura dengan Johor, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapannya semasa jamuan tengah hari rasmi di Istana semalam, sebagai menghormati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Singapura.



Encik Lee menambah bahawa beliau menantikan siapnya projek RTS yang tepat pada masanya sambil berkata usaha meningkatkan ketersambungan antara Singapura dengan Johor akan diteruskan.



"Baru-baru ini kami telah memulakan perkhidmatan feri berterusan yang baru di antara Terminal Feri Tanah Merah dengan Terminal Feri Pantai Desaru dan ramai rakyat Singapura berasa gembira kerana pantai Desaru yang indah dan tidak dapat dilupakan serta tempat makanan laut, kini lebih mudah diakses," katanya.



Dalam ucapannya, Enck Lee juga mengimbas lawatan rasminya bersama isterinya, Cik Ho Ching, di Johor dua bulan lalu atas jemputan rasmi Sultan Ibrahim.



Encik Lee berkongsi cerita bagaimana beliau menerima mesej mengenai keinginan beliau makan tengah hari.



"Saya memutuskan meminta nasi ulam dan saya berasa bersyukur Sultan Ibrahim sudi melayan permintaan saya dan menyajikan nasi ulam yang tidak dapat dilupakan untuk jamuan makan tengah hari kami.



"Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ibrahim dan isterinya, Raja Zarith Sofiah, atas sambutan yang sangat mesra ketika saya di Johor dan saya gembira mendapat peluang hari ini untuk membalas budi mereka dengan layanan mesra," ujar beliau.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >