PM Lee: Proses pilih ketua baru 4G tidak harus melebihi dua tahun, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

PM Lee: Proses pilih ketua baru 4G tidak harus melebihi dua tahun

Rombakan Kabinet lagi dua minggu
Apr 09, 2021 | 05:30 AM

PROSES memilih ketua baru pasukan generasi keempat (4G) akan mengambil masa 'lebih daripada beberapa bulan' tetapi 'tidak harus lebih daripada dua tahun' kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Namun, beliau berharap gambaran lebih jelas akan muncul tentang kepimpinan pasukan itu sebelum Pilihan Raya Umum (GE) seterusnya, yang dijangka perlu diadakan menjelang 2025.

Encik Lee berkata:

"Ini satu rangka masa munasabah untuk diusahakan.

"Bahkan, rangka masa ini juga sebab mengapa kami memutuskan untuk tampil dengan isu ini sekarang, daripada tunggu hingga pemimpin baru dikenal pasti."

Discover Malay Home Based Businesses

Tambahnya, perkara lebih 'rapi' dan mudah dilakukan adalah bagi seseorang untuk menarik diri dan seorang lagi terus mengambil alih.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semalam menyusuli langkah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang juga Menteri Kewangan, menarik diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G), dan memberi laluan kepada orang lebih muda untuk menjadi pengganti Encik Lee.

Encik Lee juga berkata semalam beliau telah bersetuju kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pemimpin 4G baru dipilih dan bersedia mengambil alih.

"Saya fikir mereka akan mengambil masa lebih daripada beberapa bulan, tetapi saya berharap mereka akan mencapai kata sepakat dan mengenal pasti ketua baru sebelum pilihan raya umum seterusnya.

"Saya tidak berniat untuk kekal (sebagai PM) lebih lama daripada yang diperlukan," kata Encik Lee.

Beliau sebelum ini telah melahirkan hasrat mahu menyerahkan teraju kepimpinan kepada seorang pengganti sebelum beliau mencapai usia 70 tahun, iaitu pada Februari 2022.

Tetapi sedang pandemik Covid-19 masih menjejas dunia, Encik Lee telah berkata pada Julai 2020 semasa pilihan raya umum bahawa beliau akan kekal untuk membantu Singapura mengharungi krisis itu.

Dalam pada itu, Encik Lee turut mengumumkan satu rombakan Kabinet sekitar dua minggu lagi dengan Encik Heng bakal melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Mendedahkan demikian, Encik Lee berkata, rombakan tersebut juga akan melihat perubahan susulan dalam kementerian yang lain.

Encik Heng bagaimanapun akan terus memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.

Pada masa yang sama, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut PM Lee, beliau telah membincangkan peranan masa depan Encik Heng bersama anggota Kabinet yang lain menyusuli keputusan DPM mahu mengundurkan diri sebagai ketua pemimpin generasi ke-empat parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Keputusan supaya Encik Heng melepaskan jawatannya di Kementerian Kewangan dibincangkan tahun lalu, kata Encik Lee semasa beliau dah timbalannya tiu membincangkan perlantikan Kabinet menyusuli Pilihan Raya Umum pada 10 Julai.

"Kami bersetuju bahawa Belanjawan 2021 adalah Belanjawan penting, bukan Belanjawan kecemasan, seperti lima yang dibentangkan pada 2020, tetapi Belanjawan yang akan membawa Singapura melampaui Covid-19.

"Saya memberitahu beliau, sebaiknya ialah untuk beliau membentangkan Belanjawan 2021, kemudian beliau boleh melepaskan portfolionya di MOF untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab menyelaras yang lebih luas," kata Perdana Menteri, sambil menambah beliau mengalu-alukan sumbangan lebuh luas Encik Heng kepada dasar pemerintah dan tugas parti.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map