Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee puji kecekalan masyarakat Melayu dalam harungi Covid-19

Aug 29, 2021 | 06:51 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong memuji semangat dan kecekalan masyarakat Melayu/Islam di sini dalam memberi kerjasama penuh mengharungi pandemik Covid-19.



Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat, asatizah dan masjid-masjid di bawah bimbingan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, atas kepimpinan dan usaha mereka untuk terus menggalakkan orang Melayu/Islam mendapatkan vaksin Covid-19.



"Dengan lebih ramai orang disuntik, kita kini melonggarkan sekatan secara beransur-ansur.



"Ini termasuk membolehkan lebih ramai jemaah di masjid-masjid," kata Encik Lee.



Beliau turut memuji sikap prihatin yang ditunjukkan masyarakat Melayu/Islam terhadap anggota masyarakat lain, sambil menekankan semangat gotong-royong ini lah yang menjadi kunci kemajuan masyarakat kita.



"Saya gembira melihat masyarakat Melayu/Islam bersatu padu dan saling mengambil berat antara satu sama lain sepanjang pandemik ini.



"Semangat gotong-royong dan sikap tidak putus asa inilah, yang menjadi kunci kemajuan anda selama ini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >