KESUNGGUHAN dan kesanggupan Dr Maliki Osman turun padang dengan disokong pasukan aktivis yang rajin ialah contoh baik bagaimana pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) bekerja keras dalam menepati janji dan wawasan parti itu.
Menukil contoh itu dalam ucapannya semasa melancarkan Manifesto PAP bagi Pilihan Raya 2015 semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata Dr Maliki telah bekerja keras selama empat tahun lalu, sejak beliau dipindahkan ke GRC East Coast semasa Pilihan Raya lalu.