Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee puji penjelasan saintis data yang hurai punca gangguan MRT Laluan Cirle

Dec 02, 2016 | 11:14 AM



SAINITIS data Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech), yang ditubuhkan pada 1 Okt, telah mengeluarkan satu ringkasan proses yang membolehkan mereka mengenal pasti "kereta api penyangak" di sebalik gangguan meluas kereta api Laluan Circle awal tahun ini.



Data mentah yag dikumpulan mereka sangat besar: senarai kereta api Laluan Circle yang terhenti, dan tempat serta masanya.



Apabila mereka menyusun data itu, ia mendedahkan satu corak. Kereta api rosak satu demi satu, seolah-olah kerosakan itu berjangkit.



"Apabila satu kereta api dilanda gangguan, kereta api di belakang yang bergerak ke arah yang sama juga dilanda gangguan tidak lama kemudian," seorang saintis data GovTech Daniel Sim, dalam pos di blog GovTech pada petang Khamis (1 Dis).



"Apa yang kami kesan ialah seolah-olah terdapat satu corak dari segi masa dan lokasi. Insiden itu berlaku satu demi satu, dalam arah yang bertentangan daripada kejadian sebelumnya. Ia hampir menyerupai sebuah 'leretan kemusnahan'."



Encik Sim, lulusan ijazah sains komputer dari Universiti Cambridge dan ETH Zurich, menulis bahawa pasukan saintis data itu mencapai satu hipotesis: "Apakah punca gangguan itu ialah kereta api - di landasan bertentangan?".



Idea itu, apabila digunakan ke atas set data yang dikumpul, menunjuk kewujudan sebuah kereta api penyangak.



Kumpulan saintis itu kemudian mengenal pasti kereta api tersebut, setelah pergi Depot Kim Chuan untuk mengkaji rakaman video pergerakan kereta api.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memuji secara terbuka saintis data yang menghurai masalah itu.



Encik Lee, dalam satu pos Facebook pada Khamis, berkata penjelasan saintis data GovTech itu "satu kisah menarik, menunjukkan kerja berpasukan rapat, analisis tajam, dan sikap tidak pernah putus asa".



"Bangga akan kerja baik pasukan itu, dan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang bekerja keras untuk memecahkan teka-teki!" kata Encik Lee, yang mempunyai ijazah sarjana muda matematik dan diploma sains komputer dari Universiti Cambridge.



Encik Lee berkata beliau mendapat keseronokan daripada pemprograman komputer dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana berkongsi kod bagi algoritma huraian Sudoku yang beliau tulis.



Gangguan kereta itu disiasat oleh sebuah pasukan pelbagai agensi yang termasuk jurutera Penguasa Pengangkutan Darat dan pengendali kereta api SMRT; sebuah pasukan Pertubuhan Sains Pertahanan yang diketuai oleh jurutera Chian Teck Keong; jurutera Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan Mui Whye Kee, Cheng Heng Ngom dan Benedict Koh; dan saintis GovTech Lee Shangqian, Daniel Sim dan Clarence Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >