Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee puji ucapan ketua WP tentang China

Mar 03, 2018 | 10:21 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong  memuji Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang atas ucapan yang dibuat ketua pembangkang itu semasa perbahasan Belanjawan.


Dalam kiriman Facebooknya Encik Lee berkata ucapan itu amat meyakinkan dan seimbang, serta jelas berdasarkan kepentingan dan perspektif Singapura”. 


Encik Low berhujah di Parlimen pada Rabu lalu mengenai bagaimana Singapura boleh menjadi “nod sejagat Asia” – tema Belanjawan tahun ini – untuk memanfaatkan perubahan tumpuan ekonomi global dari Barat ke Asia.


Dengan kebangkitan China, ini mungkin bermakna terdapat “kelebihan kerabat” bagi warga Cina Singapura, kata Encik Low.  Tetapi beliau juga menyatakan bahawa kelebihan ini telah pudar, dan menambah bahawa terdapat kebimbangan  China boleh mempunyai cita-cita imperialis sebagai kuasa besar, dan mungkin memaksa negeri-negeri yang lebih kecil supaya tunduk kepada kehendaknya dan kepentingannya.


Memuji ucapan itu Encik Lee berkata: “Encik Low Thia Khiang bercakap tentang bagaimana Singapura harus bertindak sedang China berkembang dalam kemakmuran dan pengaruh. 


Beliau menegaskan bahawa Singapura, sebuah negara berbilang kaum kecil di Asia Tenggara, mesti sedar akan peluang dan cabaran – bukan sekadar implikasi ekonomi, tetapi juga ekonomi politik.”


Beliau berkata: "Ini adalah penilaian objektif, oleh seorang warga Singapura yang berpendidikan Cina, mengenai kebangkitan China. 

Ia menggambarkan bagaimana politik domestik mesti kekal di dalam negeri, dan kita semua mesti mengambil kedudukan negara bersatu apabila berurusan dengan dunia luar.”


Di akhir ucapannya, Encik Low menumpukan perhatiannya kepada kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari 7 peratus hingga 9 peratus, yang diumumkan pemerintah dalam Belanjawan tahun ini tetapi hanya akan dilaksanakan antara 2021 dan 2025. Encik Low berkata pengumuman GST mengalih perhatian daripada tema Bajet yang lebih penting.


Dalam kiriman Facebooknya, Encik Lee berkata Encik Low telah “mengakhiri ucapannya dengan nota partisan”. 


Encik Lee menambah: “Menteri-menteri Parti Tindakan Rakyat dan Ahli Parlimen telah mendekati Encik Low dan Parti Pekerja mengenai perkara itu (GST) tetapi saya berkongsi ucapan Mr Low untuk menyerlahkan dan memuji kandungan yang lain, yang mungkin boleh disampaikan oleh Anggota Parlimen PAP.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >