PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Sabtu (4 Dis) meraikan Hari Yio Chu Kang (YCK) bersama penduduk di situ dan juga Anggota Parlimen (AP) Yio Chu Kang, Encik Yip Hon Weng.
Sambil melahirkan rasa gembiranya, Encik Lee berkata penduduk di situ boleh menjangka kelab masyarakat yang dibangun semula menjelang 2023.
“Saya juga gembira kerana YCK akan menggabungkan reka bentuk mesra demensia di seluruh kejiranannya menjelang 2025.
“Ini termasuk mengecat bahagian luar flat HDB kepada zon warna mereka, dan penambahbaikan prasarana seperti kemudahan tanjakan lebih baik,” ujarnya dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.
Beliau menambah, idea-idea praktikal itu boleh dicontohi kawasan kejiranan lain yang mempunyai ramai penduduk warga emas.
“Penambahbaikan ini akan meningkatkan keselesaan penduduk dan menjadikan suasana kehidupan lebih baik di samping menjadi masyarakat yang lebih inklusif,” tambahnya.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
PM Lee rai Hari Yio Chu Kang
Dec 04, 2021 | 08:16 PM