Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee rakam penghargaan kepada masyarakat antarabangsa di SG

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan sentiasa memainkan peranan sebagai hab antarabangsa, bersifat terbuka dan mengalu-alukan idea serta bakat, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Dan sekolah antarabangsa seperti UWC South East Asia (UWCSEA) juga membantu menjadikan Singapura tempat yang baik bagi golongan ekspatriat di sini, tambahnya.



Encik Lee berkata demikian semasa menyampaikan ucapan tahniah kepada kolej itu - yang merupakan antara sekolah antarabangsa pertama di negara ini - sempena ulang tahunnya yang ke-50 di Singapura tahun ini.



Kolej itu dibuka oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew pada 15 Disember 1971 di Dover Road, yang sebelum ini menempatkan Sekolah Tentera Britain St John.



"Sejak itu, UWC di Singapura telah berkembang menjadi penyedia khidmat pendidikan yang mapan dan dipercayai.



"Mereka mempunyai 5,600 pelajar dengan lebih 100 kewarganegaraan serta alumni yang berjaya di seluruh dunia.



"Kejayaan UWC juga berkait rapat dengan pembangunan serta kemajuan Singapura. Sepanjang perjalanan ini, kolej itu telah memberikan sumbangan berharga kepada masyarakat yang meluas, khususnya menerusi program perkhidmatan mereka yang cukup bersemangat," kata Encik Lee.



Menarik perhatian pelbagai cabaran yang tampil sepanjang tempoh dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19, beliau berkata ini lebih-lebih lagi mencabar bagi masyarakat antarabangsa di Singapura yang terpaksa berjauhan dengan anggota keluarga mereka di luar negara buat tempoh yang agak lama disebabkan sekatan perjalanan.



Tambahnya, ketidakpastian ekonomi juga telah meningkatkan rasa gelisah antara warga setempat dengan warga asing dalam masyarakat.



Oleh itu, Encik Lee merakamkan penghargaannya kepada masyarakat antarabangsa di sini kerana bersama warga Singapura ketika saat yang sukar ini.



"Terima kasih kerana menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat kita serta menjadi sebahagian daripada keluarga besar Singapura.



"Kami mengalu-alukan kehadiran anda dan menghargai sumbangan anda," ujarnya yang turut berharap mereka dapat bersepadu dengan baik dalam masyarakat di sini," ujarnya.



Sempena ulang tahun UWCSEA itu, mereka juga telah menghasilkan buku bertajuk 50 years United: The Story of UWC in Singapore yang memaparkan sejarah sekolah itu, yang dilancarkan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >