Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee rakam penghargaan sempena Hari Jururawat Antarabangsa

May 12, 2020 | 12:29 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan penghargaan kepada para jururawat sempena Hari Jururawat Antarabangsa yang jatuh hari ini.



"Selamat Hari Jururawat Antarabangsa kepada semua jururawat! Di Singapura kita meraikan Hari Jururawat pada 1 Ogos, tetapi tahun ini saya fikir mereka layak meraikannya lebih daripada sekali," kata Encik Lee dalam catatan di Facebooknya.



Menurut beliau, para pekerja penjagaan kesihatan adalah tulang belakang negara dalam memerangi Covid-19.



"Jururawat terutamanya, bekerja siang dan malam merawat pesakit, dan menyediakan sentuhan manusia yang penting. Selepas syif mereka tamat, mereka pulang dan menjaga keluarga mereka sendiri pula, seperti jururawat Hospital Khoo Teck Puat, Lynette dan Zhi Qiang seperti yang dikongsi dalam video ini - tugas jururawat tidak pernah selesai!



"Kepada jururawat kita, kata-kata tidak cukup untuk melahirkan betapa kami menghargai dedikasi dan pengorbanan anda. Anda telah bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kita semua. Kami pula akan kekal di rumah dan kekal jaga keselamatan untuk anda," kata Encik Lee dalam catatannya itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >