LAWATAN PM LEE KE MYANMAR
PM Lee rasmikan institut latihan vokasional S'pura-Myanmar
Jun 10, 2016 | 05:30 AM
DARI YANGON (MYANMAR): PERDANA Menteri Lee Hsien Loong merasmikan pembukaan Institut Latihan Vokasional Singapura-Myanmar (SMVTI) di Yangon semalam pada hari ketiga dan terakhir lawatan rasmi beliau ke negara itu.
Sekolah tersebut, yang didirikan di tapak bekas politeknik di kawasan tengah bandar Yangon, melatih belia Myanmar dalam dua bidang - hospitaliti dan pelancongan serta kejuruteraan.