Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Rumah ibadah semarakkan keharmonian agama

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



RUMAH ibadah memainkan peranan penting dalam masyarakat Singapura melebihi tumpuan para penganut sesebuah agama itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam ucapannya di majlis pembukaan semula Kuil Sikh Silat Road semalam, Encik Lee berkata rumah ibadah Sikh atau dikenali sebagai Gurdwara membantu memelihara budaya dan tradisi Sikh di Singapura.



"...pada masa yang sama, ia juga memupuk semangat menghargai dan hormat dalam kalangan kumpulan-kumpulan lain, mempromosi keharmonian agama dan masyarakat berbilang budaya sambil menyatukan warga Singapura untuk menyokong satu sama lain sebagai satu warga," ujar beliau.



Kuil di Jalan Bukit Merah itu, yang turut dikenali sebagai Gurdwara Sahib Silat Road, telah menjalani kerja-kerja peningkatan yang menelan belanjar sekitar $2.5 juta, dengan dana dikumpul menerusi sumbangan derma.



Kerja-kerja peningkatan itu telah dijadual bermula Mac tahun lalu, namun terpaksa ditangguh ekoran tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Namun, pihak pengurusan kuil tersebut berkata ia telah memberi mereka peluang untuk membuat perubahan kepada pelan ubah-elok dengan mengambil kira keadaan pandemik.



Antaranya ialah, pelan baru itu mengambil kira pengudaraan yang lebih baik dan menyusun semula ruang-ruang bagi mengelakkan kesesakan.



Dalam pada itu, Perdana Menteri juga akur rumah-rumah ibadah telah terpaksa menyesuaikan diri dengan gangguan ekoran pandemik ini.



Namun, beliau berbesar hati bahawa Gurdwara dan lain-lain rumah ibadah telah berjaya menyesuaikan diri dengan pelbagai langkah pengurusan selamat Covid-19 termasuk dengan menggunakan khidmat penstriman langsung bagi terus mendekat penganut masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >