Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S’pura akan terus bina masyarakat bagi manfaat semua

Dec 31, 2019 | 06:48 PM



SINGAPURA akan terus berazam membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama, dengan pembangunan dan kemakmuran membawa manfaat kepada semua serta membolehkan setiap individu untuk cemerlang, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini.


Dalam Amanat Tahun Barunya, Encik Lee berkata di Singapura, laluan untuk maju terbuka kepada semua warga dan setiap individu boleh mengejar impiannya.


“Di sini (Singapura), kita sedang membina sebuah masyarakat di mana semua orang berdiri sama tinggi, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agamanya. Di sini, kita berazam untuk membantu golongan yang paling memerlukan, dan tidak akan membiarkan sesiapa pun ketinggalan dalam mengharungi pasang surut kehidupan.


“Di sini, setiap generasi senantiasa memikirkan tentang hari esok, agar anak-anak kita boleh menjangkakan peluang-peluang menarik, dan kemudian, giliran mereka pula membina Singapura yang lebih baik,” katanya.


Tambahnya, inilah nilai-nilai yang membolehkan negara kekal sebagai “rakyat yang bersatu” dan mengatasi apa jua rintangan yang mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >