PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyampaikan mesej Hari Kebangsaan pada 8 Ogos.
Beliau akan berucap dalam bahasa Inggeris di saluran CNA pada 6.45 petang.
Mesej Hari Kebangsaan dalam bahasa Melayu akan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam di saluran Suria pada 8.30 malam.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan mesej itu dalam bahasa Mandarin di Channel 8 bagi televisyen dan Capital 95.8 FM bagi radio pada 8.45 malam.
Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, pula akan menyampaikannya dalam bahasa Tamil di saluran Vasantham bagi televisyen dan Oli 96.8FM bagi radio pada 9 malam.
Mesej Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa juga boleh ditonton di laman web Pejabat Perdana Menteri (www.pmo.gov.sg) dan YouTube PMO (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran pertama.