Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sangkal hujah pembangkang boleh jadi insurans bagi rakyat Singapura

Sep 09, 2015 | 11:12 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam (8 Sep) menyangkal hujah Parti Pekerja (WP) bahawa pembangkang kuat menyediakan insurans terhadap kegagalan parti pemerintah.


"Insurans bagus tetapi jika anda mahu beli insurans, belilah daripada syarikat yang betul,'' ujar beliau dalam rapat tengah hari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di UOB Plaza.


Encik Lee berjenaka bahawa membeli insurans daripada NTUC Income okay, dan MediShield Life disokong pemerintah Singapura.


Tetapi jika syarikat insurans anda sebuah parti pembangkang, ia mungkin tidak mempunyai rekod prestasi, tidak tahu "cara mengurus wang" - menyindir tentang isu kewangan majlis perbandaran WP - atau insurans itu dijual oleh seorang jurujual yang "tidak berminat tentang kepentingan anda, sebaliknya hanya mahu komisen".


Beliau juga mengkritik cadangan daripada parti-parti pembangkang, seperti penjagaan kesihatan percuma dan gaji minimum.


Pembangkang bercadang membiayai saranan mereka itu melalui cukai lebih tinggi atau menggunakan rizab negara, katanya.


"Jika ia benar-benar begitu mudah, mengapa anda fikir PAP tidak lakukan semua itu?"


Dasar-dasar tersebut akan menjadikan parti itu lebih popular.


"Tetapi dapatkah kami bina Singapura seperti sekarang (jika dasar itu dilaksana)? Dapatkah kita berdiri di sini, dikelilingi bangunan-bangunan, kemakmuran ini, kejayaan ini?" tanya Encik Lee.


Beliau juga menekankan tentang kepentingan politik bersih, sambil menceritakan semasa sambutan ulang tahun ke-90 Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew di Parlimen.


Dalam ucapannya, mendiang Encik Lee menyampaikan ucapan engenai satu perkara: pastikan sistem kekal bersih.


Encik Lee berharap Anggota Parlimen (AP) pembangkang, yang hadir dalam majlis itu, mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan mendiang Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >