Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Saya tidak perdayakan bapa saya

Jul 04, 2017 | 05:17 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau tidak memperdayakan bapanya mediang Lee Kuan Yew dan membuat beliau percaya bahawa rumah keluarganya di Oxley Road itu telah diwartakan.



PM Lee menyatakan demikian sebagai respons kepada dakwaan terbaru adik-beradiknya, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, bahawa beliau menyalahguna kuasanya dengan menghalang langkah untuk merobohkan rumah 38 Oxley Road itu selepas bapanya meninggal dunia.



Ini dinyatakan PM Lee di akhir perbahasan dua hari mengenai isu berkaitan rumah tersebut di Parlimen sebentar tadi.



Kededua adiknya sebelum ini telah mendakwa Perdana Menteri sebagai mengelirukan mendiang bapanya bahawa mewartakan rumah Oxley Road sama ada 'tidak boleh dielakkan' atau telahpun dilaksanakan.



"Jawapan mudahnya ialah saya tidak memperdayakan bapa saya. Saya telah menjelaskan kepada anda semalam bagaimana niat utama bapa saya yang jelas mengenai rumah tersebut - beliau tetap mahu ia dirobohkan.



"Di mana perselisihan antara adik-adik saya dengan saya berlaku ialah sama ada bapa saya bersedia untuk menimbangkan alternatif lain sekiranya perobohan tidak mungkin dapat dilakukan."



Semasa menggulung perbahasan, PM Lee telah menceritakan apa yang berlaku selepas bapanya menemui Kabinet pada 21 Julai 2011 mengenai status rumahnya.



Para menteri telah sebulat suara bersetuju supaya rumah tersebut tidak dirobohkan, bertentangan dengan niat mendiang Lee.



Mendiang kemudian telah menanyakan pandangan PM Lee tentang apakah pemerintah akan lakukan dengan rumah tersebut selepas beliau meninggal.



"Saya memberi beliau penilaian jujur saya. Saya beritahu beliau, anda telah menemui Kabinet dan mendengar pandangan para menteri," kata PM Lee.



"Jika saya mempengerusikan mesyuarat Kabinet, (dan) ini merupakan pandangan para menteri dan orang ramai, saya rasa adalah sukar bagi saya untuk menolak (keputusan) mereka dan merobohkan rumah tersebut.



"Saya akan terpaksa bersetuju untuk mewartakan rumah itu. Dan jika saya bukan PM (Perdana Menteri) dan tidak mempengerusikan Kabinet, kemungkinan juga rumah tersebut akan diwartakan," tambahnya.



PM Lee berkata bapanya memahami pandangan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >