SINGAPURA boleh melonggarkan sekatan selepas 13 Jun, jika situasi Covid-19 di sini terus bertambah baik dan kes masyarakat merosot lagi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.
Namun, negara ini perlu terus bersedia menyesuaikan strategi mengawal Covid-19 - termasuk mempergiat ujian, penjejakan kontak dan vaksin - sedang dunia menghadapi varian virus yang lebih mudah dijangkiti.