Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Sektor penerbangan, pelancongan ambil masa lebih lama untuk pulih

Apr 30, 2020 | 07:48 PM



SEKTOR pelancongan dan penerbangan akan mengambil masa lebih masa sebelum ia dapat menyambung semula perniagaan.



Ini disebabkan perjalanan antarabangsa masih menghadapi sekataan selagi masalah Covid-19 masih menjadi masalah di sekeliling dunia, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam amanat Hari Buruh yang disiarkan tadi.



Menurutnya, pengangkutan udara merupakan sektor strategik negara memandangkan Singapura berperanan sebagai hab serantau dan antarabangsa.



Disebabkan itu, pemerintah akan memberi sokongan berlebihan untuk sektor penerbangan, dan membantu syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) untuk mengharungi krisis ini.



Beliau menyatakan, SIA begitu teruk terjejas. Oleh kerana ia merupakan syarikat penerbangan negara, SIA menyokong usaha negara dalam memerangi Covid-19.



"Mereka membantu menerbangkan bekalan penting. Mereka menjalankan penerbangan membawa pulang warga Singapura pulang. Anak-anak kapal pula bertugas sebagai duta penjagaan di hospital, dan duta jarak selamat dalam kereta api, pasar dan gedung beli belah.



"Tetapi seperti kebanyakan syarikat penerbangan lain, pesawat SQ akan kekal di landasan untuk beberapa ketika. Pengurusan SIA telah menjalani pemotongan gaji. Kesatuan sekerja dan pekerja menerima pengorbanan itu. Semua dalam SIA faham ia menghadapi krisis terbesar pernah dihadapinya. Mereka cuba menyumbang untuk membantu syarikat menakat," kata Encik Lee.



Disebabkan ini, pemerintah beriltizam untuk memastikan SIA dapat mengharungi krisis ini. 



"SIA telah mengibarkan bendera Singapura di serata dunia dan membuat kita bangga, kita (pemerintah) tidak berusaha sedaya upaya untuk memastikan ia dapat terus melakukannya," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >