Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

PM Lee sertai majlis buka puasa di Masjid Al-Khair

Apr 06, 2023 | 07:49 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menyertai acara berbuka puasa dengan masyarakat Melayu/Islam di Masjid Al-Khair di Teck Whye Crescent pada 6 April.


Encik Lee tiba di masjid tersebut sekitar 6.35 petang dan disambut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen dan Pengerusi Masjid Al-Khair, Encik Fa’izal Abdul Rahim.


Semasa di sana, beliau dibawa di sekitar masjid oleh Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Al-Khair dan melihat Tembok Warisan yang memaparkan sejarah masjid tersebut. 


Beliau juga sempat berinteraksi dengan sukarelawan masjid dan diberi taklimat oleh pegawai agama masjid, Ustaz Muhammed Faheem Abdul Khalil tentang inisiatif digital yang telah digunakan oleh pihak masjid untuk mendekati masyarakat.


Lebih 300 jemaah, termasuk wanita dan belia, dan rakan masjid berbilang agama dan bangsa turut serta dalam acara berbuka puasa itu. Beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam juga turut hadir.


Mereka termasuk; Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.


Turut serta ialah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin; dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab.


AP dan penasihat akar umbi GRC Chua Chu Kang – Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Gan Kim Yong; Cik Low Yen Ling; Encik Don Wee Boon Hong; dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim – juga turut hadir semasa acara berbuka puasa itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >