Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sertai penduduk Ang Mo Kio sambut Pongal

Feb 13, 2023 | 05:30 AM



ACARA seperti pesta menuai masyarakat Tamil, Pongal, yang diadakan di kawasan kejiranan menyatukan penduduk untuk meraikannya bersama demi mempelajari adat dan tradisi satu sama lain.



Lantaran itu, pesta sebegini memperkukuh lagi identiti berbilang kaum dan budaya Singapura di samping fabrik sosialnya.



Menjelaskan demikian dalam catatan Facebook semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, melahirkan rasa terujanya dapat meraikan Pesta Pongal bersama penduduk GRC Ang Mo Kio serta kawasan undi Kebun Baru dan Yio Chu Kang pada penghujung bulan Tamil, Thai.



"Pongal adalah pesta Tamil bagi mengucapkan terima kasih kepada alam dan haiwan ternakan untuk hasil tuaian yang melimpah-ruah," tulis Encik Lee.



Menurutnya lagi, ada banyak yang boleh kita ucap terima kasih, memandangkan kini kita kembali pada tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) Hijau mulai hari ini.



Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, hadir di upacara pengeramatan keenam kuil Hindu tertua di Singapura, Sri Mariamman, yang berusia 200 tahun.



Upacara yang dikenali sebagai Maha Kumbabishegam itu turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo; Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran; dan Anggota Parlimen Bukit Batok, Encik Murali Pillai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >