Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sertai penduduk Bukit Panjang sambut Pongal

Jan 19, 2020 | 04:45 PM



PENDUDUK Bukit Panjang meriah menyambut Pongal pagi Ahad (19 Jan), pesta menuai bagi masyarakat India yang menandakan ketibaan musim bunga.


Sekitar 2,000 penduduk berkumpul di padang terbuka di sebelah stesen LRT Pending untuk cuba menumbuk beras menggunakan tangan mereka demi menikmati pengalaman ‘memasak’ nasi Pongal, puding beras tradisional yang dimasak dengan susu.


Perdana Menteri Lee Hsien Loong hadir sebagai tetamu terhormat pesta tersebut yang dianjurkan oleh Anggota Parlimen SMC Bukit Panjang Dr Teo Ho Pin.


Menyentuh tentang bagaimana penduduk dari masyarakat berbeza telah berkumpul untuk menyambut Pongal dengan menyertai aktiviti serta persembahan yang diadakan hari ini, Encik Lee berkata: “Ini hanya berlaku di Singapura.”


Tambahnya, penasihat akar umbi dan pemimpin telah berusaha untuk mewujudkan semangat kemasyarakatan di banyak kawasan kejiranan dan memperbaiki kemudahan serta prasarana di seluruh Singapura, dan ini membuat ramai merasakan ada tempat untuk mereka di sini.


Menggunakan bahan serta cara memasak nasi pongal sebagai contoh, PM Lee berkata: “Setiap tahun, saya berharap kami ada periuk yang dipenuhi susu yang banyak, beras yang banyak, kehangatan dan api untuk memasaknya, dan kami boleh mengucapkan Pongalo Pongal.”


Sambutan Pongal di Singapura bermula sejak 10 Januari dan akan berakhir pada 9 Februari. Sebahagian daripada sambutan tersebut termasuk menyediakan puding beras untuk saudara mara dan teman-teman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >