Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee seru kerjasama sejagat dalam pastikan vaksin Covid-19 buat semua

Feb 24, 2021 | 01:29 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyeru agar kerjasama antarabangsa dapat dilaksanakan dalam memastikan semua negara, termasuk yang membangun, memperolehi vaksin Covid-19 yang terbukti selamat.



Dalam satu video yang dirakam awal serta ditujukan pada sidang global yang disiarkan secara langsung di YouTube pada Rabu (24 Februari), Encik Lee berkata, Singapura sedang berbincang tentang pengesahan vaksin bersama negara yang berminat sebagai satu cara menyambung semula kemungkinan mengembara ke luar negara.



Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus; wakil khas presiden Amerika bagi menangani iklim, Encik John Kerry; dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, adalah antara yang hadir di sidang itu.



Pelakon Hugh Jackman dan penyanyi serta penggubah lagu Billie Eilish pula memberi sentuhan selebriti mereka pada acara itu yang membuka tirai kempen baru, Pelan Pemulihan Buat Dunia, oleh kumpulan pembela antarabangsa Global Citizen.



Tumpuan kempen adalah pada lima bidang utama iaitu menamatkan Covid-19 buat semua, menamatkan krisis kebuluran, menyambung semula pembelajaran di mana-mana, melindungi planet dan menggalak kesaksamaan buat semua.



Kempen ini diadakan dalam keadaan dunia menampakkan beberapa tanda ia akan pulih daripada Covid-19 di samping pemerintah dan pemimpin industri memikirkan semula asas kaedah pengeluaran dan edaran sumber.



Dalam ucapan satu setengah minit, Encik Lee berkata: "Dalam krisis, secara semula jadi kita melihat keadaan dalam negara sendiri. Tetapi pandemik ini tidak mengenal sempadan. Tiada negara yang benar-benar selamat sehinggalah kita semua selamat.



"Malah, dalam setiap daripada kita berusaha mendapatkan bekalan (vaksin) kita sendiri, kita mesti bekerjasama di peringkat antarabangsa agar semua negara, termasuk yang membangun, mempunyai akses pada vaksin buat penduduk mereka," jelas Encik Lee.



Beliau menambah, Singapura menyokong panel bebas peringkat tinggi G-20 yang ditubuhkan pada Januari bagi mengkaji bagaimana membiaya dengan lebih baik kesediaan dunia dalam menangani pandemik akan datang.



"Kami mengalu-alukan saranan praktikal dan mampu dilaksanakan daripada panel ini...Marilah kita perkukuh respons kolektif dalam menghasilkan pemulihan lebih inklusif dan lestari buat semua," jelas Encik Lee.



Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam,  merupakan pengerusi bersama panel itu bersama mantan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Encik Lawrence Summers dan mantan Menteri Kewangan dan Ehwal Luar Nigeria, Encik Ngozi Okonjo-Iweala.



Tahun lalu, Suruhanjaya Eropah dan pertubuhan Global Citizen melancarkan satu lagi kempen, Matlamat Global: Bersatu Bagi Masa Depan Kita.



Golongan artis dan 40 pemerintah dan pertubuhan dilibatkan dalam menyediakan 250 juta dos vaksin Covid-19 kepada negara paling miskin di dunia. Ia juga mengumpulkan AS$236 juta ($312 juta) bagi memperbaiki kesan pandemik ini kepada masyarakat yang terpinggir. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >